” Wah, the next Jaclyn Victor. Very talented.. ” – Netizen

Video Anak Perempuan Jaclyn Victor, Molly Menunjukkan Bakat Nyanyiannya Raih Perhatian Ramai. Wah Ada Bakat Macam Mommy Juga, Comel Jer Dia Nyanyi !!

Siapa tidak kenal dengan penyanyi yang mempunyai suara yang hebat dan nyanyian yang mantap iaitu Jacyln Victor. Jac mula dikenali ramai sejak menjuarai Malaysian Idol musim pertama pada tahun 2004.

Meninjau ke akaun Instagram, Jac ada memuatnaik dua buah video anak perempuannya yang bernama Molly sedang menyanyi. Molly merupakan anak kedua Jac yang kini sudah berusia 4 tahun.

Molly menyanyikan lagu berbahasa Inggeris dan dilihat pandai mengikut rentak lagu yang dinyanyikan. Sesekali mimik muka Molly sedang menyanyi nampak seperti menghayati nyanyiannya sahaja. Comel sangat dan bakatnya masih boleh digilap.

Perkongsian Jac ini telah mendapat lebih ratusan tanda suka dan rata-rata memuji nyanyian Molly. Ada yang menyatakan Molly bakal menyambung legasi Jac dalam bidang nyanyian dan menjadi penyanyi yang hebat.

Jom tonton video di bawah :

Lagi video yang dikongsikan :

Ramai memuji nyanyian Molly yang nampaknya mempunyai bakat. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :

” Future singer wei. Haha.. God bless you baby girl.. sooo cute nyanyi pejam2 mata.. She got it a head start. She is adorable.. “

” So talented.. Just rewatched. Tears In my eyes. Full of love and pride for Molly Dolly. so dramatic her eyes closing. I like.. “

” Haha.. super cute and banyak potential ni jaclyn_victor.. She gonna be amazing you are.. so cute mini jac.. Wow she took that high note with such ease like her mum.. “

” Incredible.. Omg she sing better than u do.. wah the next Jaclyn victor.. Moga Molly dapat capai nada tinggi nanti.. “

” Very talented.. so cute lah.. Sing for the Lord, beautiful Molly.. Harap dia boleh jdi pelapis akak one day.. love jonah n molly.. “

” Anty tungu 15tahun lagi nak… Power like ur mom.. Moga suara Molly power macam ibunya.. Next Malaysian Idol nihhhh.. “

Bak kata pepatah, ke mana tidak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Walaupun masih kecil, Molly nampaknya minat untuk menyanyi. Tidak mustahil apabila dewasa nanti akan menjadi penyanyi hebat seperti ibunya. Good job Molly.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Jacyln Victor

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..