” InsyaAllah, Allah akan gantikan dengan yang lebih baik bila tepat masanya.. ” – Netizen

Sebulan Pemergian Anak Tersayang, Azmi Saat Kongsi Perkembangan Terbaru Isterinya Buat Ramai Yang Tersentuh Hati. Semoga Terus Kuat Dan Tabah !!

Meninjau ke akaun Instagram Azmi Saat, p0sting terbaru Azmi telah meraih perhatian ramai. Azmi telah memuatnaik sekeping gambar bersama isteri tersayang, Nazirah Muhammad bersempena hari lahir isterinya itu.

Azmi turut mendedikasikan ucapan hari lahir di ruangan kapsyen p0sting tersebut dan turut berkongsi keadaan semasa isterinya setelah sebulan cahaya mata mereka, Khairul Afnan pergi menghadap Ilahi selepas 3 hari dilahirkan.

Menurut Azmi, Nazirah masih lagi bersed1h dengan pemergian anak tersayang selepas 10 tahun menanti. Walaupun keadaan isterinya semakin baik, namun sesekali Nazirah masih menitis air mata apabila teringat akan detik-detik bersama Afnan.

Azmi memohon doa orang ramai agar memberi kata-kata semangat dan kata-kata positif agar Nazirah terus kuat dan sabar. Semoga kata dan doa yang diberikan dapat menjadi sumber kekuatan buat Nazirah.

Jom lihat perkongsian di bawah :

Ramai mendoakan agar Nazira terus kuat dan tab4h dalam melalui dug4an serta mengucapkan selamat hari lahir. Antara komen-komen yang diberikan :

” Selamat hari lahir kak Nazira.. semoga akak kuat melalui dug4an hidup.. mudahan Allah SWT gantikan dgn yg lebih baik.. “

” Selamat hari lahir buat suri hati azmi. Moga kalian sabar dengan setiap dug4an. InsyaAllah akan ada pelangi selepas hujan.. Akan ada hadiah yang lagi indah dari Tuhan.. “

” Happy birthday. Redho, sabar. Inshaallah Allah SWT akan gantikan dgn yg lebih baik bila tepat masanya.. usahlah bersed1h.. “

” Selamat Hari Jadi Puan Nazira. Semoga dilimpahi Rahmat, Rezki dan bahagia bersama keluarga. moga ada hikmah dengan apa yang terjadi..”

” Allahuakbar, berat dugaan kalian. semoga Allah limpahi rezeki yang meluas buat kak nazira.. semoga ada rezeki untuk menimang cahaya mata lagi.. “

” Selamat hari lahir buat bidadari syurga azmi.. semoga sentiasa di bawah rahmat Allah.. semoga Allah ganti dengan yang lebih baik.. “

” Selamat hari lahir Puan nazira.. semoga tenang selalu dan bebahagia di samping suami tersayang.. amin ya rabbal allamin.. “

Semua yang berlaku pastinya ada hikmah yang tersembunyi. Perancangan Allah lebih baik daripada apa yang kita telah rancangkan. Semoga pasangan ini terus kuat dan sabar. Semoga suatu masa nanti akan dikurniakan lagi cahaya mata.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Azmi Saat

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..