” Tingginya Cinta, makin cantik anak dar4 Samzy ni.. ” – Netizen

Gambar-Gambar Terbaru Samzy Fuzette Bersama Anak Perempuannya, Cinta Fuzette. Wah Dah Besar Panjang Sekarang Ni Cinta, Comel !!

Anak-anak bek4s pelakon Khaty Fauziah sememangnya ramai yang mewarisi bakat seninya itu. Shaheizy Sam, Zizie Ezette dan Sam Fuzette lebih cenderung ke arah bidang lakonan manakala seorang lagi bernama Ahmad Shah atau lebih dikenali sebagai Jeff A To Z.

Meninjau akaun Instagram Samzy Fuzette, telah dikongsikan beberapa keping gambar terbaru Samzy bersama anak perempuannya, Cinta Fuzette. Cinta yang kini telahpun berusia 11 tahun menyambut ulangtahun kelahirannya sekitar bulan Februari yang lalu.

Dengan kapsyen tertulis ‘ ma favourite girl ‘ , gelagat anak dan ayah ini nampak comel sahaja. Cinta nampaknya mewarisi ketinggian daddynya ini dan terlihat sudah di paras bahu Samzy. Wajah Cinta juga nampak iras dengan wajah Samzy seperti c0py paste pula.

Samzy turut mengakh1ri kapsyennya itu dengan hashtag tertulis ‘ The Third Fuzette ‘. Seronoknya Cinta ada ayah yang sporting dan suka melayani Cinta. Samzy juga maintain nampak muda, macam abang dengan adik pun ada.

Jom baca perkongsian di bawah :

(Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Perkongsian oleh Samzy ini sehingga kini telahpun mendapat lebih 400 tanda likes daripada peminat. Antara komen-komen mereka :

” Tingginya Cinta, besar dah Cinta. Dulu rendah je dari Wanie, ni nampak gayanya lagi tinggi. Makin cantik lah Cinta.. “

” Makin cantik anak dar4 Samzy ni. Arjuna mana, rindunya nak tengok wajah si hero ni. Dah macam girlfriend anak dan ayah ni, cute je.. “

Untuk rekod, selain Cinta, Samzy juga mempunyai 2 orang lagi anak iaitu Arjuna dan Azrin. Azrin sudahpun 20 tahun usianya dan menjadi anak muda yang kacak dan bergaya. Manakala Arjuna pula anak yang comel dan manja.

Apabila anak-anak sudah besar, ayahpun nampak seperti abang sahaja. Semoga Cinta sentiasa menjadi cinta hati papanya ini dan jadi anak yang membanggakan papa dengan kecemerlangan dalam pelajaran kelak.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Samzy Fuzette Samad, IG Cinta Fuzette

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..