” Wanita terbahagia, sweet tengok cara Asyraf surprisekan Tya.. ” – Netizen

Video Asyraf Khalid Buat Kej0tan Istimewa Sempena Hari Lahir Isterinya, Tya Arifin Di Mekah Raih Perhatian Ramai. Wahh, Memang Istimewa Betul Sambutan Hari Lahir Tya Tahun Ini !!

Meninjau di akaun Instagram milik Asyraf Khalid, telah berkongsi sebuah video dia telah membuat satu kej0tan istimewa sempena hari lahir  buat isterinya, Tya Arifin. Perkongsian video itu telah mendapat perhatian ramai.

Untuk pengetahuan, pasangan ini sekarang berada di Mekah dan  sedang menjalani ibadah umrah. Tulis Asyraf, kali ini sambutan hari lahir Tya sangat istimewa kerana mereka dapat meraikan di tanah suci.

Menerusi video itu, kelihatan Asyraf sedang menunggu ketibaan Tya di sebuah restoran dengan membawa sejambak bunga khas buat Tya. Kelihatan wajah Tya begitu terharu dengan kej0tan yang dibuat oleh suaminya itu.

Menikmati makanan istimewa di restoran dalam taman kurma, Asyraf turut membawa sebuah kek dan diraikan juga bersama kenalan mereka. Video tersebut telah mendapat lebih 8 ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke Instagram.

Tonton perkongsian video tersebut di bawah ini :

Di ruangan komen, perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai dan ramai yang turut mengucapkan selamat untuk Tya dan Asyraf. Antara komen-komen menarik adalah :

” Selamat hari lahir bidadari Asyraf, Tya. Semoga bertambahnya satu angka, segala urusan Tya akan dipermudahkan dan bahagia bersama keluarga.. “

 ” Wanita terbahagia Tya, sweet tengok cara Asyraf surprisekan Tya.  Semoga bahagia hingga ke syurga.. “

” Bestnya, sambut hari lahir di tempat sangat istimewa. Selamat hari lahir Tya, semoga sentiasa dimurahkan rezeki.. “

” Assalamualaikum Tya, Selamat Hari Lahir Tya. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, kurniakanlah kesihatan yang baik kepadanya.. “

” Happy Birthday Tya, cantiknya Tya. Nampak bahagia betul Tya, rezeki dalam sambutan hari lahir di Mekah.. “

” Wowww romantik Asyraf, moga melimp4h lagi rezeki Asyraf. Bahagiakan bidadari macam ni, suka tengok. Happy birthday Tya.. “

” Comel tengok Asyraf tggu Tya tu. Best lah dapat makan dalam taman kurma. Semoga dapat juga pergi ke sana. Selamat hari lahir ibu Tya.. “

Alhamdulillah, rezeki Tya dapat sambut ulang tahun kelahiran di Mekah. Kami dari Berita Kopak turut mengucapkan selamat hari lahir buat Tya, semoga segala urusan Tya dan Asyraf menjalani ibadah umrah sentiasa dipermudahkan.

Silakan SHARE…

Sumber : IG Asyraf Khalid, Tya Arifin

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..