” Pandai simpan rahsia eh, tahu-tahu dah bertunang.. ” – Netizen

Gambar-Gambar Majlis Pertunangan Antara Adam Lee Dan Sweet Qismina Cur1 Perhatian Peminat. Wahhh Ini Baru Betul-Betul Sweet. Tahniah !!

Hubungan cinta antara pelakon kecil molek, Sweet Qismina dan Adam Lee sememangnya diketahui ramai peminat. Baik dalam lakonan mahupun realiti, keserasian pasangan ini membuatkan peminat sentiasa mendoakan semoga mereka berjodohan.

Meninjau akaun Instagram Sweet Qismina, telah dikongsikan beberapa posting yang memperlihatkan gambar-gambar sekitar majlis pertunangan Sweet dan Adam. Siapa sangka, tidak ada angin dan r1but, pasangan comel ini telahpun sah sebagai tunang.

Dengan hashtag tertulis Adam Sweet Engagement Day, pasangan ini memilih busana berwarna biru lembut sebagai persalinan mereka. Anggun berbaju tradisional baju Melayu dan baju kurung, kedua-duanya turut mengenakan sepasang cincin permata berwarna biru.

Majlis ini juga diadakan pada hari istimewa Sweet yang mana hari ini adalah hari ulangtahun kelahiran Sweet. Wah memang hari yang cukup bermaknalah untuk Sweet, hadiah birthday paling menggembirakan ni.

Jom baca perkongsian di bawah :

(Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Ucapan tahniah daripada peminat telahpun membanj1ri posting oleh Sweet ini. Sama cantik sama padan, itu yang dapat diungkapkan untuk pasangan merpati dua sejoli ini. Antara komen-komen peminat :

” Wow congratulations sweet. Finally lovebird jadi tunang sudah. Baru betul bidadari salju hehe. Alhamdulillah one step sahaja lagi.. “

” Tahniah merpati dua sejoli, ni yang peminat lama nanti-nantikan. Ikut bahagia tengok sweet dan adam dah bertunang. Cepat cepat kahwin tak sabar nak tengok.. “

” Alhamdulillah yeay finally, yang dalam drama dah jadi kenyataan di dunia nyata. Sukanya tengok. Semoga dipermudahkan urusan selepas ni.. “

” Bismillah menuju halal kak Sweet dan Adam. Tahniah, happynya tengok drama couple betul-betul jadi kenyataan. Pandai pilih tarikh kan.. “

” Happy birthday dan happy jadi tunang orang juga Sweet. Cantik sungguh, berseri-seri wajah Sweet. Semoga dipermudahkan untuk ke jinjang pelamin.. “

” Akhirnya, congratulation akak sweet dan abg adam. Pandai simpan rahsia eh, know know dah tunang. Happy for you guys.. “

” Wah i cant imagine. Ni betul betul majlis pertunangan kan. Tahniah Sweet dan Adam. Akh1rnya jadi kenyataan. happy sangat sangat.. “

T1nggal selangkah sahaja lagi untuk Sweet dan Adam ke fasa perkahwinan. Tahniah kami ucapkan dan semoga pasangan ini dipermudahkan menempuh semua dug4an alam pertunangan serta dilancarkan urusan untuk ke jinjang pelamin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Sweet Qismina, Adam Lee

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..