” Part lari terkedek-kedek tu ger4m sangat.. ” – Netizen

Hairul Azreen Kongsi Video Anaknya, Alisa Aisyah Kali Pertama Bermain Di Pantai. Reaksi Alisa Yang Begitu Teruja Raih Perhatian Peminat. Main Kejar-Kejar Dengan Ombak Ke Tu Alisa, Comel Je !!

Semalam rata-rata peminat kagum dan teruja melihat video Hairul Azreen bersama Hanis Zalikha dan anak-anak mereka menaiki helikopter untuk bercuti. Lain daripada lain dan next level, itu antara kebanyakan komen-komen peminat yang dapat dibaca di posting Hairul.

Setibanya di pulau peranginan ini, banyak lagi video dan gambar dikongsikan oleh Hairul di Instastory miliknya. Meninjau entry terbaru Hairul, telah dikongsikan video pendek yang memaparkan gelagat Alisa ketika pertama kali melihat dan merasai air pantai.

Memandangkan Alisa lahir ketika PKP, ini adalah percutian pertama Alisa. Memilih laut yang menenangkan untuk percutian keluarga, Yusuf dan Alisa nampak begitu enjoy sekali. Lihat sahaja reaksi wajah Alisa, kagum agaknya si kecil ini melihat air laut terbentang luas.

Tulis Hairul di kapsyennya, video ini dirakamkan untuk kenangan ketika Alisa kecil. Alisa yang dipakaikan baju mandi berwarna merah jambu lengkap bertopi kelihatab begitu comel sekali. Berani betul Alisa walaupun kali pertama menjejaki pantai, memang anak Paskal lah Alisa.

Jom tonton video di bawah :

Gelagat Alisa ini menarik perhatian dan peminat turut sama terhibur melihat keterujaan Alisa. Antara komen-komen peminat yang dapat kami kongsikan :

” Comelnya, best cuti-cuti dengan anak-anak. Seronoknya Alisa main air, so happy for Alisa. Alisa kenapa lari macam tu comel tau tak haha.. “

” Sukanya Alisa tengok pantai dan laut. Alisa so brave lah. Awatlah comel sangat ni Alisa. Alhamdulillah terbaik Hairul.. “

” Ger4mnyaa lahh dengan dia . Woww kemain yee dia, siap sebut wow lagi mulut tu. Boleh bayang perasaan Hairul bila tengok muka anak perempuan kesayangan teruja macam ni.. “

” Punya happy tu lar1 sambil lompat. Kejar kejar dengan ombak ke tu Alisa haha.Have fun Alisa, boleh tukar hashtag lepas ni Alisa Tenang Di Laut la daddy hehe.. “

” Part lar1 terkedek kedek tu ger4m yakmat. Tak tak0t langsung Alisa for the 1st time, kalau budak lain ni mau mera0ng.. “

” Dia punya wajah xcited mengalahkan orang nak sambut raya. berseri alisa, happy sangat dia dapat main air.

” Looking at Alisa happy face and excitement in her eyes is priceless. no money can buy that happiness. Enjoy Alisa.. “

Memang terpancarlah muka gembira Alisa, anak daddy tentulah tak tak0t pantai dan laut kan. Melihat Alisa happy, Hairul dan Hanis pun tentu berganda-ganda gembiranya. Selamat menikmati masa bersama keluarga dan happy selalu Alisa.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Hairul Azreen, Alisa Aisyah

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..