Gambar-Gambar Terbaru Anak Datin Lisa Surihani, Yunos Laith Yang Kini Berusia 3 Bulan

Amboi Lang, Bamb4mnya Dia, Kusss Semangat. Makin Comel, Mix Muka Lisa Dan Yusry Sangat !!

Sekitar pertengahan bulan Jun yang lepas, pasangan sama cantik sama padan, Datin Lisa Surihani dan Dato’ Yusry Abdul Halim telahpun selamat menimang seorang cahayamata lelaki. Menamakannya sebagai Yunos Laith, si kecil ini juga dipanggil dengan nama gelarannya, Lang.

Kini Yunos sudahpun 3 bulan usianya. Jarang untuk dapat melihat Datin Lisa mahupun Dato’ Yusry berkongsi wajah Yunos di media sosial. Kali terakh1r peminat melihat wajah Yunos menerusi akaun Instagram Dato’ Yusry pada bulan Ogos baru-baru ini.

Meninjau Instastory akaun Instagram Lisa Surihani, telah dikongsikan beberapa keping gambar terbaru Yunos. Yunos membesar dengan sihat dan badannya juga semakin ‘ bersemangat ‘. Lengannya sahaja sudah berketul-ketul, ditambah pula dengan pipi yang temb4m.

Ianya dimuatnaik Lisa kira-kira 7 jam yang lalu di mana Yunos kelihatan sedang nyenyak tidur. Dengan beberapa posisi gambar yang berbeza, Lisa turut tag nama Dato’ Yusry di gambar Yunos ini. Alahai Yunos, tidur pun senyum, manis sangat tuannya.

Jom baca perkongsian di bawah :

Untuk makluman, selain Yunos, Datin Lisa juga mempunyai 2 orang lagi anak iaitu Yahaira Leanne dan Yusof Leonne. Si sulung Yahaira baru sahaja menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 6 tahun manakala Yusof pula 4 tahun usianya.

Baru 3 bulan sudah chubby sebegini Yunos Laith. Wajah Yunos pun ada iras kedua-dua ibu bapanya itu. Apa pun, semoga Yunos Laith sentiasa dalam lindungan Allah dan membesar menjadi anak yang soleh.

Silakan SHARE..

Sumber : IGs Lisa Surihani, IG Yusry Abdul Halim

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..