” Bagusnya abang Uwais dan kakak Dekta.. ” – Netizen

Video Anak-Anak Shuib Sepahtu Bersama-Sama Menjaga Adik Mereka, Ayash Affan Buat Peminat Tersentuh. Bagusnya Talita, Tidur Lewat Puk0l 1 Pagi Jaga Adik Ayash. Part Talita Bercerita Cara Dia Menjaga Adiknya Nampak Matang Sangat !!

Meninjau ke akaun Instagram arw4h Siti Sarah Raisuddin, satu p0sting terbaru telah dikongsikan. Walaupun Siti Sarah sudah tiada, namun akaun Instagramnya masih aktif dan pastinya dikendalikan oleh ahli keluarganya sendiri.

P0sting tersebut merupakan video anak-anak Siti Sarah dan Shuib iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin sedang menjaga adik mereka iaitu Ayash Affan. Walaupun si adik sedang tidur, mereka tetap berada di dalam bilik tersebut.

Video tersebut dirakamkan oleh ibu tiri Siti Sarah dan kemudiannya bertanya kepada Talita atau mesra dipanggil Dekta mengenai cara dia menjaga adiknya semalam. Dekta menyatakan dia tidur jam 1 pagi sambil bergilir menjaga Ayash bersama bapanya.

Dekta juga menyatakan dia ingin belajar membuat susu adiknya. Bukan itu sahaja, Uwais dan Matin juga turut membantu menjaga Ayash. Bagus sungguh tiga beradik ini membantu meringankan tugas ayah mereka.

Jom tonton video di bawah :

Ramai mendoakan yang baik-baik buat anak-anak Siti Sarah dan Shuib ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :

” Nampak berdikari sgt kakak ni ya may Allah ease anak2 hebat.. smga mjdi anak y soleh solehah buat ibu ayah ye.. “

” Allah.. kakak dan abg yg baik.. siapa yg mengambil video mereka ye.. semoga semuanya membesar dgn sihat dan menjadi anak yg soleh dan solehah amiinn.. “

” Abang dan kakak terbaik.. untung awak ayash dpat abang dan kakak sngat syang kan awak.. ¬†goodboy and good girl.. “

” Alhamdulillah ayash sht, semoga mmbsr dgn penuh ksh syg ayah, dia lah ayh dialah ibu, smoga kakak Dekta Abg uwais matin jd kakak Abg yg penuh ksh syg.. insyaallah aamin.. “

” Alhamdulillah. Good Job Kakak n Abang2. Semoga Dipermudahkan segala urusannya buat shuibsepahtu Dan anak2. InshaaAllah Aaminn3 YRA.. “

” Ya Allah semoga terpelihara lah hendak nya anak anak Arw4h Siti Sarah dan Shuib… (tak dapat tahan rasa seb4k) .. “

” Abg2 n kakak memng terbaikkk syg kat adk ye… bagusnya abang uwais, kakak dekta.. tolong daddy jaga baby ayash.. moga”menjadi anak” yang soleh dan solehah.. aminn.. “

Nampak sangat matang sikap Dekta walaupun masih muda. Semoga Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin dan Ayash Affan membesar dengan baik dan menjadi anak yang soleh serta solehah. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Shuib Sepahtu, Siti Sarah Raisudin

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..