” Lama tak dengar Fyna menyanyi, suara tu power betul.. ” – Netizen

Ayda Jebat Kongsi Video Nyanyian Adiknya, Fyna AF9 Buat Peminat Terpuk4u. Wah Fyna, Semakin Cantik Dan Merdu Suaranya. Part Tarik Tu Merem4ng Dengar, Power Lah !!

Rancangan realiti TV, Akademi Fantasia pernah mendapat perhatian ramai suatu masa dahulu. Banyak bintang baru yang terhasil daripada pertandingan ini antaranya Hazama, Ayda Jebat, Stacy dan ramai lagi.

Meninjau akaun Instagram Ayda Jebat, telah dikongsikan satu video yang memaparkan nyanyian adiknya, Fyna Jebat. Untuk rekod, Fyna juga adalah bekas peserta Akademi Fantasia Musim Kesembilan dan berjaya mendapat tempat ketiga pada peringkat akhir.

Ayda yang memberitahu di kapsyennya bahawa dia adalah peminat nombor 1 adiknya ini. Rindu untuk bertemu kerana Fyna menetap di Melaka. Kata Ayda lagi, setiap kali Ayda pulang ke Melaka, pastinya Fyna akan menyanyikan sekurang-kurangnya sebuah lagu untuk Ayda.

Memang suara Fyna gemersik dan merdu sekali sama seperti 10 tahun lalu. Wajahnya juga kelihatan semakin cantik sekarang. Tentunya peminat Fyna merindui suara lunak Fyna setelah sekian lama tidak mendengarnya.

Jom tonton video di bawah :

Suara dan wajah Fyna ini mendapat perhatian daripada peminat. Ramai yang memuji kehebatan vokalnya dan ada juga yang meminta untuk Fyna kembali membuat comeback. Antara komen-komen mereka :

” What a talent, masya Allah.. ” – Aina Abdul

” Powerlah suara dia, seriously talented vocalist. Been a fan since working with her on THAT show.. “

” Dari sekolah sampai sekarang still power suara dia. Semoga sentiasa murah rezeki buat shafinaz. Rindu nak mengg1la bersama.. “

” Teringat Fyna Jebat, Ayda Jebat masa AF dulu. Please come back Fyna. Lagu All By Myself dia nyayikan Masa Minggu ke-4 dia Mula masuk AF. Masa persembahan paling terbaikk.. “

” Lama tak dengar Fyna menyanyi. makin cantik and suara memang sedap dari zaman AF lagi. Menang1s lagi in my spotify list, suka suara fyna.. “

” Kak Fyna Tak nak buat comeback ke ayda ? Please suruh dia comeback suara dia power sangat n kak ayda pun kene keluar lagu baru. Rindu.. “

” Powernya suara Fyna, lama tak tengok dia. Kalau bergabung adik beradik ni mesti boleh melet0p. Best sangat suara Fyna.. “

” Seriuslah Fyna AF tu. Perg cantik sangat sangat, lain dah makin lawa. Suara tu powerful, freaking talented. She should’t have stopped singing.. “

Masih memuk4u alunan suara Fyna, kekuatan vokal dan nada tinggi tu sedap didengar. Peminat juga masih teringat dengan persembahan Fyna di pentas AF dulu. Mungkin satu hari nanti, Fyna boleh kembali bersaing dalam arena seni suara tanahair. Apa pun, semoga Fyna berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan gembira selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ayda Jebat

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..