” Kemain lagi bilik office. Ingatkan ruang tamu rumah, cantiknya.. ” – Netizen

Datuk Jovian Mandagie Kongsi Video Berbasikal Dalam Pejabat. Namun Dekorasi Dalam Pejabatnya Buat Ramai Tertarik. Wow Luas Dan Cantik Sangat, Dah Macam Dalam Rumah !!

Datuk Jovian Mandagie, seorang usahawan dan pereka fesyen terkemuka di Malaysia. Hasil rekaannya sering kali menjadi permintaan di kalangan selebriti dan VVIP. Untuk rekod, dia juga merupakan menantu Menteri Kanan [Keselamatan], Datuk Ismail Sabri Yaakob.

Sebelum ini, Datuk Jovian sering berkongsi video dan gambar anaknya di Instagram dan telah berjaya menarik perhatian netizen melihat gelagat anak perempuannya, Jeanelle Nika Mandagie yang bukan sahaja bijak, malah begitu comel.

Terbaru, telah dikongsikan video terbaru yang memaparkan akan Datuk Jovian sedang berbasikal di dalam  bilik pejabatnya. Perkongsian video tersebut sekali lagi telah menarik perhatian ramai yang menontonn.

Manakan tidak, selain gaya Datuk Jovian berbasikal, mata pasti akan terpesona melihat dekorasi di dalam bilik pejabat Datuk Jovian. Jika tidak diberitahu bahawa video tersebut dirakam dalam pejabat, ramai yang bersangka bahawa ianya adalah ruang tamu rumah.

Tonton perkongsian video tersebut di bawah ini :

Di ruangan komen, ramai yang turut memberikan kata pujian akan dekorasi bilik pejabat Datuk Jovian tersebut. Antara komen-komen daripada netizen adalah :

” Bestnya, untung lah offis besar dan luas, boleh juga berbasikal time PKP ni, hehe, terbaik lah Datuk.. “

” Wah kemain lagi bilik, saya ingtkan ruang tamu rumah, bila baca dekat posting, ruang pejabat rupanya.. “

” Memang orang fesyen ni, berseni kan, tengok deco offis sudah lah, mantap beb, tertarik tengok, nampak mewah.. “

” Tu dia office kan main cantik lagi best nya, hutung laa leh berbasikal kat dalam tu, tak payah keluar, hahaha.. “

” Haha makan banyak sangat kot, ok la tu, blh juga berbasikal, memang terbaik lah, gaya hidup sihat betul ni.. “

” Ad0i dia berbasikal dalam office plak, haha tebaik, betul-betul ikut SOP ni, memang menantu pak long ni.. “

” Tulah tengok gambar raya Datuk boleh tahan dah babat tu. Hati- hati Datuk,  jgn langg4r pasu kat belakang sudah lah ye, haha.. “

Memang cantik betul dekorasi bilik pejabat Datuk Jovian tu, patut ramai yang suka melihatnya. Apa-apa pun, semoga Datuk Jovian berjaya untuk menurunkan berat badan dengan berbasikal dalam pejabatnya. Good Luck Datuk.

Silakan SHARE…

Sumber : IG Jovian Mandagie

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..