” Besar nanti mesti jadi diva Aaisyah ni.. ” – Netizen

Video Gelagat Aaisyah Dhia Rana Memilih Baju Sambil ‘Membebel’ Depan Cermin. Amb0i Anak Dar4 Che Ta Ni, Bukan Main Lagi Slang English Dia. Pandai Bergaya, Macam Mommy Sangat !!

Wajah anak perempuan Rozita Che Wan, Aaisyah Dhia Rana memang selalu menjadi tumpuan peminat. Semakin besar, semakin terserlah wajah cantik yang diwarisi daripada Che Ta dan Zain Saidin.

Bagi peminat Aaisyah, pastinya sudah maklum tentang minat Aaisyah yang suka bergaya dan bersolek ini. Beberapa perkongsian terdahulu juga, menunjukkan Aaisyah membuat tutorial makeup. Tidak itu sahaja, wajah ibu saudaranya, Sasha Saidin juga menjadi model solekan oleh Aaisyah.

Meninjau akaun Instagram Aaisyah Dhia Rana, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Aaisyah ketika memilih baju. Aaisyah berdiri mengadap cermin besar sambil memegang sehelai seluar sambil mulutnya tak berhenti bercakap.

Memang petah Aaisyah bercakap, lagi-lagi dalam bahasa Inggeris. Iyelah dah namapun anak kacukan mat saleh, slang Aaisyah bercakap memang ‘A’ lah. Dengan rambut panjang mengurai, Aaisyah memang seorang yang comel.

Jom tonton video di bawah :

Gelagat Aaisyah ini mendapat perhatian daripada peminat. Antara komen-komen peminat yang dapat dikongsikan :

” Takpe Aaisyah, boleh round dalam ghumah. Mesti besar nanti jadi diva bud4k Aaisyah ni. Comel sangat.. “

” Dah besaq Aaisyah, rambut pun panjang. Cantik macam mommy sangat la. Pelapis Che Ta sungguh Aaisyah ni. Good girl Aaisyah.. “

” Aaisyah tak pandai cakap Melayu dah ker sekarang ni. Dulu-dulu sedap dengar Aaisyah cakap Utagha lagi. Petah tu memang mulut mommy.. “

” Berlagaknya budak Aaisyah ni, cewi betul haha. Comel sangat bercakap camtu, dah macam nak nyanyi rap je tengok Aaisyah ni.. “

” Uih lajunya Aaisyah speaking, dengan tangan tu nak rap lagu apa tu Aaisyah. Cantik macam mommy besar nanti ni. Hab1s lah mommy kena buat lagi ujian calon menantu hehe.. ” 

Halah halah Aaisyah, tak pernah tak cantik puteri kesayangan ramai ini. Melihat gaya Aaisyah, peminat sudah dapat menjangkakan Aaisyah bakal jadi pelapis mommynya. Bergaya pandai, makeup pun pandai, boleh setanding dengan mommy apabila besar nanti.

Mulut Aaisyah pun sama laju dengan Che Ta kalau bercakap. Boleh jadi pengacara macam CP Sarimah, speaking English ‘berhab0k’ . Apa pun, semoga Aaisyah membesar menjadi anak yang solehah dan sihat selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Aaisyah Dhia Rana

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..