” Cantik dan segak orang putih pakai baju Melayu ye.. ” – Netizen

Sambut Hari Raya Aidilfitri Bersama Keluarga Mertua, Peminat Puji Sikap Sporting Keluarga Suami Raja Ilya. Wah Masing-Masing Siap Pakai Baju Raya Dan Bermain Bunga Api Lagi, Meriah Sungguh !!

Umum mengetahui bahawa pelakon Raja Ilya kini menetap di Australia bersama suaminya, Trent Garrett. Menurut Raja Ilya ini merupakan tahun kedua dia menyambut hari raya di perantauan jauh dari ahli keluarganya.

Meninjau ke akaun Instagram, Ilya telah memuatnaik beberapa keping gambar ketika Ilya dan suaminya menyambut hari raya Aidilfitri tempoh hari. Apa yang menarik perhatian ialah mereka menyambutnya bersama ahli keluarga Trent.

Mereka semua turut memakai pakaian tradisional hari raya iaitu baju Melayu bagi lelaki dan kebaya bagi perempuan. Turut memeriahkan suasana dengan bermain bunga api bagi mewujudkan keseronokan menyambut hari raya.

Sikap keluarga mertua Ilya ini telah meraih pujian daripada peminat. Ini kerana mereka sangat sp0rting kerana turut menyambut perayaan yang bukan merupakan sambutan perayaan mereka. Tambahan pula mereka berlainan agama.

Jom lihat perkongsian di bawah :

Lagi gambar yang dikongsikan :

( Klik butang KANAN -> untuk melihat gambar seterusnya.. )

Raja Ilya dan suami juga cantik dan segak dengan berpakaian sedondon berwarna merah. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Selamat Hariraya Aidilfitri ilya and family.. Cantik dan segak orang putih pakai baju melayu ye.. beautiful famili.. “

” Selamat Hari Raya RAJA ILYA .. missed Perth for my vacation. Never know when we can travel again.. “

” Salam Eid Mubarak Sis and husband.. damainyaaa la tgk suasana hijau permai desa rumah tuhhh.. cantikkkkk… semua cantikkk… “

” Seronok Nya Raya RAJA ILYA.. Yeayyyy main bunga api.. Cantiknya dan segak semua.. Meriah .. same like my daughter red kebaya.. “

” Sporting keluarga suami raja ilya.. SELAMAT HARI RAYA Maaf Zahir Batin MY DEAR BEAUTIFUL ADIK rajailya , Trent & the lovely family.. “

” Amazing, so cantik both couples.. Selamat Hari Raya Aidilfitri rajailya n family. Wow semua beraya nampaknya. Really amazing.. “

” Tak kira negara, bangsa & agama.. kita tetap meraikan AidilFitri bersama. Thank u for donning our Short-sleeved Kebaya .Both of u look so gorgeous.. “

Walaupun jauh di perantauan, pastinya Raja Ilya tetap merasakan suasana menyambut hari raya Aidilfitri. Seronok apabila mendapat keluarga mertua yang saling hormat-menghormati agama masing-masing. Selamat hari raya diucapkan kepada Raja Ilya dan suami.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Raja Ilya

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..