” Mama pun nampak sebaya dengan dia orang.. ” – Netizen

Liza Hanim Kongsi Gambar Bersama Dua Orang Anak Perempuannya, Marsya Qistina Dan Marissa Qaireen. Wah Awet Mudanya Liza, Macam Kakak Dengan Adik !!

Sempena sambutan hari raya Aidilfitri, ramai yang berkongsi gambar hari raya bersama keluarga masing-masing di laman Instagram. Begitu juga dengan Pemenang tempat kedua Geg4r Vaganza 4 iaitu penyanyi Liza Hanim atau nama penuhnya Haliza Hanim Abdul Halim.

Meninjau di Instagramnya, Liza telah berkongsi gambar mereka sekeluarga sempena dengan sambutan hari raya Aidilfitri. Liza yang berkahwin dengan bekas anggota kumpulan Indigo, Mohamed Shahrin Samsudin telah dikurniakan lima orang anak iaitu Marsya Qistina, Marissa Qaireen, Mohamed Salahuddin, Mohamed Ibrahim dan Muhammed Al Fateh.

Liza dilihat bergambar dengan dua orang anak perempuannya iaitu Marsya dan Marissa. Mereka sekeluarga memakai baju tradisional sedondon berwarna hijau. Di dalam gambar yang dirakam, Liza diapit kiri dan kanan oleh dua anaknya iaitu Marsya dan Marissa.

Menerusi kapsyen tulisan Liza, selain memberitahu yang mereka ‘sepakat’ mengayakan tema berwarna hijau, Liza juga menyatakan yang anak-anaknya sudah besar panjang. Liza kelihatan begitu cantik dengan kulit yang masih nampak muda dengan solekan nipis di wajahnya.Sekali pandang nampak mereka seperti kakak dan adik .

Jom baca perkongsian di bawah:

( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Perkongsian Liza tersebut telah mendapat lebih seribu tanda suka dari peminat dan turut mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri buat Liza sekeluarga. Antara komen-komen daripada peminatnya:

“ Cantik Ayangs.. Kak Long Marsya & Kak Ngah Qaireen.. Besar Panjang dah.. Selamat Hari Raya Ayangs & Family..“

“ Adik beradik ke?.. Bagaikan Tiga d4ra duduk di tepi sungai.. Uishhh mama pun nmpk sebaya ngn dorg.. Eid Mubarak.. “

“ 3 d4ra pinggitan.. Bkn 4 dara ke.. Heheee.. Ha masuk.. Katanya klu tak prasan.. Liza.. Slm Aidilfitri maaf zahir batin tuk Liza and the family.. “

Memang nampak awet muda Liza walaupun sudah bertambah usia. Pastinya menjadi impian ramai wanita selain melihat anak-anak yang membesar, dapat juga mengekalkan keremajaan wajah dan awet muda. 

Begitu juga dengan Liza yang pandai menjaga wajah dan penampilan dan langsung tidak dimam4h usia. Tidak terlambat lagi bagi kami ingin mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri buat Liza sekeluarga. Semoga terus berbahagia bersama dengan keluarga tercinta.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Liza Hanim

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..