” Kalau berjaya, mesti nama dalam industri panggil Hanifah Bintang RTM.. ” – Netizen

Black Muatnaik Video Thr0wback Ketika Menyertai Bintang RTM Buat Ramai Peminat Terkej0t. Wah, Lain Sungguh Rupa Black Dahulu !!

Meninjau ke akaun Instagram Black Hanifah, satu video thr0wback telah dikongsikan. Video tersebut ialah video pada tahun 2009 di mana Black pernah menyertai program hiburan iaitu Bintang RTM.

Perkongsian ini membuatkan ramai peminatnya terkej0t kerana selama ini Black dikenali melalui program realiti TV3 iaitu Mentor. Siapa sangka sebelum Black menyertai Mentor, Black pernah mencuba nasib di Bintang RTM.

Video yang berdurasi beberapa saat itu memaparkan Black sedang menyanyi dan pada masa itu Black menggunakan namanya yang sebenar. Penampilan Black pada masa itu juga berbeza kerana nampak begitu kurus. Maklumlah masih muda remaja kan.

Ramai memuji vokal Black di dalam video tersebut. Suara Black sememangnya mantap dan sememangnya dia ditakdirkan untuk menjadi penyanyi. Cuma rezeki Black menyebelahi ketika menyertai Mentor.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini telah mendapat lebih 100 ribu tontonan buat masa ini sejak ia dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :

” Rasa nya dulu mas idayu yang bagi nama black kalau tak sal4h la masa tengok mentor dulu.. maaf kalau sal4h ,sbb masa tu sy kecik lg.. “

” Perghhh dia punya cengk0ng v shape tu. haha.. Abang memang hebat.. padu dari dulu.. kalau berjaya dekat rtm mesti nama dalam industri panggil hanifah bintang rtm.. “

” Vocal dh automatik sedap mana mau manual lagi.. Abam black mmg hebat.. bg tak masuk pun memang suara dah padu bang.. “

” Betul ea ni bukan pelakon cepl0s tu? Haha..  ini win… abam memang sentiasa hebat , suara abg mmg sedap.. legend lah bang.. “

” Fuhhhh shape sungguh woo.. Pakai nama hanif lah yehh. Nama black jugak yg b00m. Betul ke bang? Nampak lain je.. “

” Kenangan lalu.. first time aku nmpk ngko kat tv time bintang RTM 2009 ni lerr… Mantap.. Masa ni menang tak… suara mmg dh padu.. “

” U borned to be a star… may Allah grant dayyan to be the shining star too… Time ni suara dh power.. upl0ad full vide0 please… sedap nya suara.. “

Walaupun Black tidak berjaya di Bintang RTM, namun Black tetap menemui kejayaan untuk menjadi penyanyi juga akhirnya. Semoga Black terus berjaya dalam karier seni dan pergi ke peringkat lebih jauh.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Black Hanifah

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..