” Gambar ni yang saya tunggu-tunggu dari dulu lagi, Alhamdulillah.. ” – Netizen

Gambar Raya Puteri Sarah Liyana Bersama Syamsul Yusof Dan Anak-Anak Buat Peminat Teruja. Sekian Lama Akhirnya Ada Gambar Sekeluarga. Gambar Yang Kedua Tu Sweetnya, Tumpang Bahagia Tengok !!

Pasangan pelakon dan pengarah, Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof pernah menjadi perbualan peminat apabila dikaitkan dengan masalah rumahtangga. Kali terakhir status yang dikemaskini oleh Portal Berita Harian mengatakan hubungan pasangan ini dalam fasa berbaik.

Sempena Aidilfitri semalam, Sarah dan Syamsul meraikan hari kemenangan ini bersama keluarga mereka. Meninjau akaun Instagram Puteri Sarah Liyana, beberapa keping gambar mereka sekeluarga dikongsikan untuk tatapan peminat.

Sudah lama peminat tidak melihat gambar Sarah dan Syamsul bersama anak-anak. Walaupun tidak sedondon warnanya, semua tetap nampak cantik dan segak. Dua keping gambar memperlihatkan gambar keluarga kecil Sarah.

Tidak hanya berempat, Dato’ Yusof Haslam, Datin Fatimah Ismail dan kedua ibu bapa Sarah juga turut beraya bersama mereka. Seronok melihat semua berkumpul meraikan lebaran dalam norma baru walaupun tidak semeriah dulu, janji insan tersayang ada bersama.

Jom baca perkongsian di bawah :

(Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Perkongsian Sarah ini mendapat lebih 86 ribu tanda suka dan ratusan komen daripada peminat sehingga kini. Antara komen-komen peminat yang dapat dikongsikan :

” Alhamdulillah Semoga Allah jaga keluarga ini dari sya1tan dan malaun Aamin. Selamat hari raya Puteri Sarah Liyana.. “

” Finally, Alhamdulillah. be waiting for this photo, all family together. semoga hubungan ini diberkati dr sebarang anas1r jah4t. Aminnn.. “

” Saya suka tengok gambar family ni. Tak tahu kenapa, rasa bahagia tengok Sarah dan Syamsul dengan anak-anak. slmat hari raya puteri sarah.. “

” Alhamdulillah, semoga berbahagia hingga ke syurga ALLAH. Selamat harii raya kak Sarah, so happy to see this.. “

” Picture ni yang saya tunggu-tunggu dari dulu lagi. alhamdulillah nth npe sy happy sgt tgok pic ni. one words, COMPLETE. Selamat hari raya sarah and fmly.. “

” Suka tengok gambar ni, happy family forever. Alhamdulillah ya Allah kurniakan lah kebahagiaan kpd psgn ini dan semua psgn2 lain.. “

” Alhamdulilah, U belongs together. Semoga Allah SWT pelihara & kurniakan kebahagiaan untuk Sarah, Syamsul & anak2 hingga ke Jannah. Selamat Hari Raya.. “

Alhamdulillah peminat pun gembira melihat Sarah dan Syamsul bersatu kembali. Semoga kebahagiaan pasangan ini sentiasa berpanjangan dan dijauhi daripada segala anas1r jah4t dan ir1 hati. Selamat hari raya Sarah sekeluarga, stay safe.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Puteri Sarah Liyana Megat

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..