” Lovely Ladies, they are look a likes.. ” – Netizen

Lisa Surihani Kongsi Gambar Ibunya, Siti Amira Mohamed Bersama Ibu Mertuanya Zarina Abdul Wahab Fenner. Cantiknya Keduanya, Akrab Pulak Tu Hubungan Sesama Besan !!

Sambutan hari ibu merupakan salah satu sambutan yang diingati oleh semua orang untuk meraikan ibu masing-masing. Tujuan sambutan itu adalah untuk menghargai jasa insan istimewa yang banyak berk0rban jiwa dan raga dalam mendidik serta membesarkan anak-anak.

Begitu juga yang dilakukan oleh pelakon dan pengacara Lisa Surihani. Menerusi laman Instagram milik Lisa, Lisa telah berkongsi gambar ibunya, Siti Amira Mohamed bersama dengan ibu mertuanya, Zarina Abdul Wahab Fenner. Amira dilihat mengenakan baju berwarna merah dengan tudung warna sedondon.

Manakala Zarina pulak mengenakan baju berwarna biru dengan warna tudung yang sedondon. Amira dilihat memegang erat lengan besannya sambil duduk merapatinya. Kedua-duanya tersenyum lebar ketika gambar mereka berdua dirakam.

Menerusi kapsyen tulisan Lisa, Lisa mengatakan pujian kepada Allah dan menzahirkan rasa syukur kepadaNya kerana mengurniakan dia dan suaminya, Yusri ibu yang penyayang dan mengasihi mereka berdua. Boleh dilihat kedua-dua besan ini mempunyai hubungan yang baik dan nampak akrab antara satu sama lain.

Jom baca perkongsian di bawah:

 

Rata-rata peminatnya mengucapkan selamat hari ibu buat Lisa dan kedua ibu dan ibu mertuanya. Selain itu mendoakan kesejahteraan buat keduanya. Antara komen-komen peminatnya:

“ Happy Mother’s Day sistur.. Beautiful moms mashaAllah.. Semoga murah rezeki selalu.. Moga dikurniakan kesihatan yang terbaik…”

“ Happy mothers day my sweet darlings auntymira zarina.zurina.. I love you both.. Aamiin aamiin yra.. indeed.. beautiful souls n ladies..”

“Alhamdulillah.. Lovely Ladies.. They are look-a likes.. Happy Mother’s day mummy auntymira & auntie zarina.zurina..”

“Selamat Hari ibu buat Lisa ,your mom n your mother in law..”

Bagi perempuan, selain mendapat suami yang bertanggungjawab dan penyayang memiliki keluarga mertua yang baik juga satu rezeki. Hubungan di antara besan dalam sebuah keluarga itu adalah penting kerana itu adalah kunci utama keutuhan rumah tangga anak.

Beruntungnya Lisa dikurniakan ibu dan ibu mertua yang sangat memahami dan baik dengannya. Pastinya Lisa dan Yusry sangat menyayangi mereka berdua. Kami di Berita Kopak ingin mengucapkan selamat hari ibu buat keduanya. Semoga diberi kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki. Amin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG  Lisa Surihani

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..