” Happynya, pakat sama-sama buat biskut raya.. ” – Netizen

Sari Yanti Kongsi Gambar Anak-Anak Membantunya Menyiapkan Biskut Raya. Wah Semangat Betul Tengok Dariya Dengan Abang-Abangnya Buat Biskut !!

Sudah pasti sambutan hari raya pada tahun ini diraikan seperti tahun lalu dengan penuh sederhana memandangkan negara kita masih belum baik dari wab4k c0v1d-19. Namun, semestinya persiapan di hari raya yang bakal menjelma pasti akan disiapkan walaupun secara sederhana.

Begitu juga yang dikongsikan oleh isteri pelawak terkenal, Jep Sepahtu, iaitu Sari Yanti menerusi Instagramnya dengan memuat naik gambar anak-anaknya sedang membantu dirinya menyiapkan biskut raya di dapur.

Kelihatan dalam gambar yang dikongsikan Sari itu adalah anak pertamanya, Barr Al Aliy, dan Baasit Al Haq serta anak perempuannya, Dariya Inara sedang bersama-sam menghias biskut raya di atas meja.

Comel sungguh melihat perkongsian gambar oleh Sari Yanti tersebut bersama dengan anak-anaknya. Manakan tidak, melihat tiga beradik ini yang tidak kekok dalam membantu ibu mereka menyiapkan juadah hari raya.

Ikuti perkongsian gambar tersebut di bawah ini :

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. ) 

Di ruangan komen, ramai yang memuji akan sikap rajin tiga beradik ini yang membantu ibu mereka. Antara komen-komen netizen adalah :

” Comelnya tiga beradik ni bantu ibu kat dapur. Happy yer Dariya dapat join tlg sama dengan abang-abang.. “

” Si kecik tu senyum sungguh, seronok dapat buat biskut dengan abang-abang dia, ringan lah keja ibu, anak-anak membantu.. “

” Bestnya buat cookies raya, nak buat juga lah wlpun tak boleh balik kampung jg tahu ni, huhu.. “

” Tiba-tiba rindu suasana raya tengok anak-anak Sari buat kuih raya, anak-anak ni lah yang paling teruja kan dekat2 nak raya ni.. “

” Suka lah tengok family kak Sari dan Abg Jep, happy family, semoga kekal bahagia bersama anak-anak.. “

” Eh samalah kita, sekarangg pun tengah buat biskut dengan anak-anak, tak sabar nak raya bud4k-bud4k ni.. “

” Happynya pakat sama-sama buat biskut raya, ger4m tengom senyum si kecil tu, mesti dia yang paling teruja tu.. ” 

Bagus abang Barr dan Baasit ajar adik Dariya hias biskut raya, senang kerja ibu, ada anak-anak yang ringan tulang. Apa-apa pun, semoga anak-anak Sari semuanya menjadi anak yang soleh dan solehah buat Sari dan suami.

Silakan SHARE…

Sumber : IG Sari Yanti

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..