” Cantik mama, macam kakak je, lawa.. ” – Netizen

Kongsi Gambar Di Majlis Doa Selamat, Wajah Mama Puteri Sarah Liyana Raih Perhatian Peminat. Wah Memang Cantik Mama Sarah Ni, Awet Muda. Nampak Macam Adik Dengan Kakak. Part Mata Tu Sama Betul !! 

Pelakon dan model, Puteri Sarah Liyana baru sahaja menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 35 beberapa hari yang lalu. Isteri kepada pengarah terkenal, Syamsul Yusof ini sudahpun bergelar ibu kepada dua orang cahayamata iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah.

Pernah berehat daripada dunia seni, namun kini Sarah membuat comeback dan banyak tawaran lakonan diterima oleh jelitawan ini. Hasil tinjauan kami di Instagram Puteri Sarah, telah dikongsikan sekeping gambar Sarah bersama ibunya.

Sarah dan ibunya itu menghadiri majlis doa selamat dan sambutan ulangtahun kelahirannya yang diatur oleh ibu mertuanya, Datin Fatimah Ismail. Untuk makluman, Sarah merupakan anak sulung daripada empat orang adik beradik di mana Sarah mempunyai 2 orang adik perempuan dan seorang adik lelaki.

Wajah adik-adik perempuannya ini juga pernah dijadikan model untuk produk kosmetik keluaran Sarah sendiri sebelum ini. Melihat akan gambar Sarah bersama mamanya ini, terbukti kecantikkan wajah Sarah diwarisi daripada mamanya yang masih rupawan.

Jom baca perkongsian di bawah :

Wajah Mama Sarah ini memang nampak masih muda dan apabila bergambar berdua begini seperti kakak dan adik. Antara komen-komen netizen :

” Sama cantik mama dengan Sarah. Comelnya mama, seirasnya muka anak beranak ni.. Miss u Sarah. semoga dipermudahkan segala urusan.. “

” Sama cantik, Sarah cool orangnya. C0py paste, sama cantik anak dan mak. Patutlah Sarah cantik, ikut mama rupanya.. “

” Cantik mama, macam kakak je lawa, awet muda sangat mama. Mother dengan anak sama cantik.. kirim salam mama ye.. “

Betullah kata pepatah, mana tump4hnya kuah kalau tidak ke nasi. Jika tidak diberitahu itu adalah mama Sarah, pasti ramai akan menyangka mereka adik beradik. Kecantikan mama Sarah beralih kepada si anak dan bahagian mata dan hidung nampak mirip sungguh antara Sarah dan mamanya ini.

Apa pun, selamat ulangtahun kelahiran untuk Puteri Sarah dan semoga segala impian dan hasrat Sarah akan dimakbulkan Allah. Kami di Berita Kopak berharap agar Sarah sentiasa gembira dan bahagia menjalani kehidupan di samping insan tersayang. Aamin

Silakan SHARE..

Sumber : IG Puteri Sarah Liyana

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..