” Ololo matanya cantik, colour grey. Cute macam muka baba sangat.. ” – Netizen

Video Terbaru Anak Emma Maembong Raih Perhatian Peminat. Alahai Manisnya Bila Si Kecil Ni Senyum, Part Mata Tu Cantik Sungguh. Muka Daddy Sangat Ni, Handsome Boy !! 

Selamat melahirkan cahayamata pertamanya 8 November lalu, sehingga kini Emma Maembong dan suaminya Shazli masih belum mengumumkan nama anak mereka. Lahir dengan cukup sempurna sifatnya, bayi Emma ini menjadi tarikan peminat.

Seperti anak selebriti lain, Emma turut membuka akaun sosial Instagram untuk anaknya ini dengan mengunakan nama Eslovestory. Malahan akaun ini dibuka sejak bayinya masih dalam kandungan dan sehingga kini sudah diikuti seramai 25.9 ribu pengikut.

Meninjau akaun Instagram Eslovestory, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat si kecil ini sedang memberi respon apabila mendengar suara Emma. Mendengar suara mamanya, bayi Emma ini tersenyum senyum dan sempat dirakam saatnya membuka mata.

Wajah si kecil ini sudah dikongsikan sejak beberapa minggu sudah dan sehingga kini sudah ada 11 posting di akaun sosial ini. Dengan kulit putih merahnya, anak Emma ini mewarisi warna kulit Emma dan Shazli dan tentu bakal secantik dan sekacak ayah ibunya.

Jom tonton video di bawah :

Update : hasil tinjauan terbaru kami, Emma telah membuat private posting di atas di Instagram eslovestory, namun kami sempat repost video tersebut di Instagram Berita Kopak :

Gelagat si kecil yang tersenyum dan membuka matanya ini meraih perhatian peminat. Rata-ratanya memuji wajah comelnya dan antara komen-komen :

” MasyaAllah comelnya, cute muka baba sangat. Omeynya.. gebu gebas hehe.. Sorry Emma, muka baby macam Shazli. handsome boy ni nanti.. ” 

” Ololo matanya cantik, Cutenyeee.. Muka c0py emma, Handsomenya dia.. so cute lah baby Emma ni. tak puas tengok.. “

” MasyaAllah… mata tu.. So cute mix mama and babanya. handsome boy sangat.. Muka pun dah bulat bam bam kesayangan mama ni.. “

” Oh my god so cute, like father. Ya ampun, comeinya kamu.. mata dia macam colour grey.. dah pandai sengih-sengih, rasa nak gig1t je ger4m.. “

” Muka kak emma sangat, handsome boy.. by the way what is your name baby.. Matanya tu alahai cantiknya.. macam bukan warna hitam je.. “

” Alahai comel, Thank you Emma belanja gambar si comel ni. Handsome boy, Like father.. mata baby cantikkkk.. ”

” MashaAllah cumilll, kenapa aku replay banyak kali, sekali dengan aku sengih-sengih.. Comel sangat muka c0py Emma.. “

Semakin membulat dan nampak chubby muka baby Emma ini. Melihat senyuman putera hati Emma ini ramai yang membayangkan dewasa nanti bakal menjadi seorang yang tampan seperti bapanya. Apa pun, semoga baby Emma membesar dengan sihat dan Emma sekeluarga berbahagia selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Eslovestory, IG Emma Maembong

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..