” Tak0t bah meow sama dia, nampak ger4m sangat mata tu tengok kucing.. ” – Netizen

Video Gelagat Ayya Soffya Ketika Wawa Zainal Menyanyi Lagu Selamat Hari Lahir. Alahai Setahun Sudah Soffya, Semakin Comel. Part Dengan Kucing Tu Comel Je Soffya !!

Tanggal 1 Disember 2019 kira-kira setahun yang lalu, lahirlah puteri kedua Aeril Zafrel dan Wawa Zainal yang digelar sebagai Ayya Soffya ini. Cuma berbeza sehari dengan hari lahir Aeril iaitu 2 Disember, kelahiran Soffya menambahkan lagi kebahagiaan pasangan ini.

Untuk rekod, akaun sosial ini dikawal oleh Wawa dan Aeril dan sehingga kini sudah diikuti seramai 355 ribu pengikut. Setiap kali video dan gambar Soffya dipertontonkan pastinya akan mendapat tanda suka yang tinggi dan dipuji peminat wajah Soffya itu.

Meninjau akaun Instagram Ayya Soffya, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Ayya yang sedang bermain. Kedengaran suara Wawa menyanyikan lagu selamat hari jadi untuk Soffya sambil merakam gelagat si comel ini.

Dalam video pendek ini, kelihatan Soffya cuba memegang kucing peliharaan mereka namun tidak sempat disentuh kucingnya itu sudah melar1kan diri. Impian Wawa untuk menyambut ulangtahun pertama Soffya di Langkawi tidak kesampaian namun kapsyennya memohon doa daripada peminat untuk si cilik ini.

Jom tonton video di bawah :

Peminat tidak ket1nggalan mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran untuk Soffya dan rata-ratanya memuji kecomelan wajah Soffya ini. Antara komen-komen mereka :

” Happy birthday cute princess soffya. Eeee budak tomeyy ni, so cute la Soffya.. Setahun yang indah buat Soffya.. “

” Alahhh alahhh, selamat ulangtahun anak cantik. Anak baik makin comel, makin cantik.. Semoga sentiasa dilindungi Allah.. “

” Happy birthday sopia semoga jadi anak yang solehah. taat kepada ibu bapa dan jadi anak yg baik ok.. “

” Tak0t bah meow sama dia hahah. Gan4s ni princess cantik, nampak ger4m sangat mata tu tengok kucing tapi tetap comel.. Happy birthday sweetheart.. “

” Hepi bornday si comel, semoga dimurahkan rezeki dan sihat walafiat hendaknya.. Happy je Soffya ni.. “

” Cute jua anak manis, happy birthday comel Soffya. Semoga menjadi anak yang solehah dan ceria selalu sayang.. “

” Alahai cepatnya masa dah setahun Soffya, makin cantik sama macam mamanya. Rambut tocang dua, gigi 2 batang cute sangat.. “

Cepat sungguh masa berlalu, sudah setahun usia si kecil Soffya ini. Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran untuk Ayya Soffya, semoga Soffya membesar menjadi anak yang solehah dan sentiasa menggembirakan hati kedua ibu bapa.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ayya Soffya, IG Wawa Zainal

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..