” Junjung kasih Tuanku, sama macam muka Tuanku.. ” – Netizen

YAM Che Puan Khaleeda Kongsi Wajah Terkini Puteri Sulungnya, Tunku Khalsom Aminah Sofiah. Alahai Manisnya Senyuman Sama Seperti Muka Tunku Ismail !! 

Tunku Ismail Idris atau dikenali rakyat jelata sebagai Tengku Mahkota Johor sering mencur1 perhatian ramai. Menerusi perkahwinannya bersama Yang Amat Mulia Che Puan Khaleeda, Tunku Ismail sudahpun dikurniakan 3 orang cahayamata.

Meninjau akaun Instagram YAM Che Puan Khaleeda, telah dikongsikan sekeping gambar puterinya, Tunku Khalsom Aminah Sofiah atau dipanggil dengan nama timangannya Lily. Sang puteri ini yang kini sudahpun berusia 4 tahun dan telah membesar menjadi seorang yang manis seperti Che Puan Khaleeda.

Che Puan Khaleeda turut menulis di kapsyennya yang menyatakan senyuman anak-anak ini membuatkan hatinya dipenuhi rasa cinta. Melihat gambar yang dikongsikan itu sememangnya menenangkan dengan senyuman manis Lily yang tidak ubah seperti Tunku Ismail.

Untuk makluman, Lily turut mempunyai dua orang adik lelaki bernama Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim dan Tunku Abu Bakar Ibrahim. Banyak perkongsian tentang ketiga-tiga puteri dan putera ini dikongsikan Che Puan Khaleeda di Instagramnya.

Jom baca perkongsian di bawah :

Wajah puteri cantik ini menjadi tarikan netizen dan rata-ratanya melihat Lily seperti wajah Tunku Ismail. Antara komen-komen daripada mereka :

” Junjung kasih tuanku, same sebijik muke tuanku. Love you tengku putri kalsomb.senyum dia sweet sangt2.. “

” La kakak dah mcm muka daddy and mummy combine together. Esp that smile Tuanku… so sweet and cute.Sekejap dan besar semua.. ” – Chef Wan

” Ingat Lily.. ingat masa dia sebut Ya Robbi.. comel anak abah sangat. Muka senyum sama sangat dengan Tuanku.. “

” Awwww so cute lil princess. Sweet comel kasut dia. Lily looks like daddy.. Senyuman dan airmuka tu macam tengok TMJ versi kanak-kanak.. “

” Both cute, I saw u both. So cute little TMJ, comel sangat. Nampak macam daddy dia lah… Besar nanti mesti cantik Lily ni.. “

” So cute and adorable, why so cute Lily.. both so cute, mini jasmine. Babah face betullah.. Tak jemu pandang wajah tuan puteri ni.. ” 

” Comelnya Lily, she has TMJ smile. So copy paste babah ni. Semoga sentiasa mbesar dgn sihat &ceria… aamiin.. “

” Lily will be a model soon. Senyuman persis betul dengan TMJ. Comel sangat la Lily, cantik macam ibunya.. “

Memang wajah Lily nampak serupa betul dengan wajah Tengku Mahkota. Senyuman manis dan lirikan mata menawan itu lagi menambahkan daya penarik tuan puteri kesayangan ini. Semoga Lily membesar dengan sihat selalu dan menjadi puteri kesayangan rakyat dan berjiwa rakyat seperti ayahandanya. Aamin

Silakan SHARE..

Sumber : IG YAM Che Puan Khaleeda

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..