” Comel lah mommy dod0ikan baby, nampak sifat keibuan tu.. ” – Netizen

Kongsi Video Sedang Tidurkan Anak, Gaya Emma Maembong Jadi Tumpuan. Alahai Comel Jer Si Kecil Tu Tidur, Nampak Manja Betul. Emma Pun Tengah Pant4ng Tetap Maintain Cantik !!

Sejak melahirkan anak pertamanya, pelakon Emma Maembong sering mendapat perhatian ramai. Apa yang dikongsikan oleh Emma di laman media sosial mengenai diri dan anaknya pasti ramai yang mengikuti perkembangan hal tersebut.

Emma yang telah melahirkan anak pada awal bulan November baru ini, telah berkongsi berita gembira kepada umum setelah seminggu bersalin. Perkhabaran gembira tersebut dikongsikan oleh suami Emma menerusi akaun Instagram dengan berkongsi gambar anak mereka.

Hingga kini, Emma mahupun suaminya, Shazli juga masih belum mengumumkan secara rasmi nama yang diberikan kepada anak  mereka. Bagi yang mengikuti akaun Instagram Emma, pasti tahu bahawa kini Emma sering berkongsi gambar bersama anaknya.

Terbaru, meninjau di akaun Instagram Emma, telah berkongsi satu video yang memaparkan Emma sedang menidurkan anaknya. Kongsi Emma, anaknya lebih suka tidur seperti yang dikongsikan itu. Emma yang berkain batik dan memakai baju ‘T’ sedang duduk di atas sofa sambil meletakkan anak di atas dadanya.

Tonton perkongsian video tersebut di bawah ini :

Perkongsian video oleh Emma itu, turut mendapat pelbagai reaksi daripada para netizen. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Baby memang suka tidur macam tu, asalkan atas badan tep0k-tep0k dah tidur, bagi mereka memang sangat selesa.. “

” Baby rindu tido dalam perut tu, hehe semntra nk biasa dgn persekitran luar, sbb tu bila kita letak mcm tu, dia rasa selesa, cara duduk dlm perut pun mcm tu.. “

” Baby memang suka dakap sebab mungkin dia tenang kot dengar dengupan jantung kita, rasa bau badan kita, lagi nyenyak tidur.. “

” Alahai sedap jer tengok baby tidur, comel lah mommy dod0ikan baby, nampak sifat keibuan tu, tahniah Emma dah jadi ibu.. “

” Alololo, sweetnya baby dia duduk atas pangku mama dia, habislah mama, pasni tidur pun tak cukup lah, hahaha.. “

” Nak berbuai tu baby, sedap tidur, comel betul tengok cara Emma dodoikan anaknya dia ni, dengan rambut tu ikt tinggi, betul-betul berpatang ni.. ” 

” Emma dalam pant4ng pakai mcm tu  pun nampk cantik, comel lah mommy dod0ikan baby, nampak sifat keibuan tu.. ” 

Nyenyak betul tengok si kecil tu dapat tidur atas dada ibunya, comel betul dua beranak ni. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak berharap Emma sentiasa menjaga kesihatannya ketika berpant4ng ini. Semoga baby Emma juga membesar dengan sihat selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Emma Maembong

Aktikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa  kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..