” Congrats Anas. He will be wonderful, just like you.. ” – Nadiyah Shahab

Pengasas Anas Cosmetic, Anas Zahrin Kongsi Gambar Bersama Anaknya, Mika. Alahai Putih Gebu, Comel Sangatlah Mika Ni. Tahniah Anas !! 

Bagi pencinta kosmetik, jenama di bawah nama Anas Cosmetic bukanlah nama baru. Pelbagai barangan dikeluarkan oleh Anas untuk memenuhi keinginan wanita Malaysia yang sentiasa ingin kelihatan cantik. Rozita Che Wan juga antara pernah menjadi duta produk Anas selain Ayda Jebat.

Meninjau akaun Instagram Anas Zahrin, telah dikongsikan berita yang menggembirakan Anas apabila bergelar ayah. Membiasakan gelaran Walid buat dirinya, Anas bersyukur kerana dikurniakan Allah anugerah yang tidak ternilai ini. Menamakannya sebagai Mika Anas Zahrin, si kecil ini memiliki wajah yang putih dan comel sekali.

Anas turut berjanji untuk menjaga Mika sebaik mungkin selagi Anas masih bernyaw4. Untuk makluman, Anas juga sangat akrab dengan ramai artis lain antaranya Zulin Aziz, Mira Filzah dan Diana Danielle. Malahan rakan-rakan artisnya ini juga pernah bekerjasama bersama Anas dalam pembikinan video produk Anas Cosmetic.

Pastinya kehadiran Mika ini melengkapkan lagi kehidupan Anas dan bermulalah perjalanan Anas sebagai seorang bapa. Anas turut memohon doa daripada semua followersnya agar segala urusan Anas dalam menjaga Mika dipermudahkan.

Jom baca perkongsian di bawah :

(Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Antara perkongsian lain Anas yang menunjukkan wajah penuh puteranya ini. Alahai cute sangat Mika, sudah pandai tersenyum untuk Walid.

Khabar gembira Anas ini meraih perhatian rakan artis dan juga peminat. Ramai yang mengucapkan tahniah dan memuji kecomelan wajah Mika ini. Antara komen-komen mereka :

” Oh my god, Masha Allah congrats anas. He will be wonderful, just like you.. ” – Nadiyah Shahab

” Allahuakbar…. sebak ada rasa gembira pun ada terbayang anak sama baya .. perlukan kasih sayang.. tahniah Anas.. welcome to parenting world.. ” – Yana Samsudin

” So proud of you Anas. Semoga menjadi anak yang soleh baby.. semoga dilimpahkan rezeki dan di mudahkan segala urusan anak dalam membesarkan anak syurga.. amin amin.. “

” Alhamdulillah, MasyaAllah Tahniah anas. Semoga anak ini membesar jadi anak yang soleh. love u baby Mika, semoga membesar menjadi anak yang soleh buat Walid okay.. “

” Aaaaaaaaa so cute. Amin ya rabb.. Semoga jadi anak yg baik dan soleh Mika sayang. Comel sangat Mika.. “

” Eh pandai senyum, comel putihnya Mika. semoga membesar dengan baik dan jadi anak yang soleh untuk Walid. Aamiin.. “

” Tahniah Anas. Moga mika besar dgn membahagiakan kamu serta org di sekelilingnya. Mukaaa sejibikk mcm abg. Comel sangat senyum lagi.. “

Comel sungguh wajah Mika itu dan kegembiraan terpancar di wajah Anas dengan rezeki yang diterimanya ini. Semoga Mika membesar dengan penuh kasih sayang, sentiasa dilindungi Allah dan menjadi anak yang soleh sebagaimana harapan Anas. Aamin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Anas Zahrin

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..