” Name them Omar and Hana.. ” – Netizen

Masih Belum Mempunyai Nama, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Minta Pendapat Ramai Cadangan Nama Kepada Anak Kembar Barunya. Namun Respon Dr Sheikh Tentang Nama Yang Diberikan Oleh Netizen Buat Ramai Terhibur !!

Ramai sedia maklum angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar dan isterinya Datin Dr Halina baru sahaja menyambut kelahiran anak kembar baru mereka pada 20 November baru-baru ini. Berita gembira itu dikongsikan oleh Dr Sheikh menerusi laman media sosial.

Bahkan berita gembira tersebut turut membuat ramai yang tumpang gembira kerana ia merupakan kelahiran kembar kedua buat pasangan ini yang sudah pun mempunyai anak kembar lelaki. Dr Sheikh Muszaphar juga tidak ketinggalan berkongsi kepada umum akan wajah anak kembarnya itu dan posting tersebut turut dibanj1ri dengan ucapan tahniah.

Tidak dapat diucap dengan kata-kata gembira daripada Dr Sheikh akan kelahiran anak kembarnya kali ini. Menurut Dr Sheikh, dia dan isteri mempunyai impian untuk memiliki anak yang ramai kerana dirinya sangat sukakan kanak-kanak. Melalui perkongsian sebelum ini, cara Dr Sheikh melayan dan mendidik anak-anaknya membuat ramai yang kagum.

Meninjau di akaun Instagram, Dr Sheikh telah berkongsi video anak kembarnya yang baru lahir buat tontonan ramai. Ttulis Dr Sheikh di kapsyennya yang anak kembarnya ini masih belum mempunyai nama lagi dan Dr Sheikh turut meminta pendapat ramai akan nama untuk diberikan kepada kembar ini.

Ikuti perkongsian tersebut di bawah ini :

Posting Dr Sheikh itu telah dibanj1ri pelbagai komen netizen yang memberikan cadangan nama kepada anak kembarnya. Namun, satu komen netizen telah menarik perhatian ramai kerana komen tersebut telah mendapat respon menarik daripada Dr Sheikh Muszaphar sendiri.

Malah ramai yang turut terhibur akan cadangan nama tersebut.

Kelakar respon Dr Sheikh Muszaphar, aduha1 mentang-mentang lah kembar tu sepasang, letakkan nama Omar dan Hana yer, hahaha. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak turut tidak sabar menunggu pengumuman daripada Dr Sheikh mengenai nama anak kembarnya. Pastinya nama yang indah-indah buat si cilik ini.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Dr Sheikh Muszaphar, Dr Halina Yunos

Aktikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa  kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..