” Cantiknya Raudhah, sekejap je dah pandai jalan.. ” – Netizen

Video Terbaru Anak Bongsu Datin Nur Shahida, Raudhah Arshiyah Yang Kini Sudah Pandai Berjalan. Gelagat Raudhah Mencuit Hati Ramai, Alahai Comel Sungguh !!

Anak bongsu usahawan kosmetik iaitu Dato’ Aliff Syukri dan Datin Nur Shahida, Raudhah Arshiyah kini sudah berusia 11 bulan. Raudhah merupakan puteri kedua buat pasangan ini dan merupakan cahaya mata kelima dalam keluarga.

Nama Raudhah diberi oleh neneknya iaitu Bonda Rozita dan kelahiran Raudhah melengkapkan lagi kehidupan berkeluarga buat Dato’ Aliff dan isterinya. Dato’ Aliff sememangnya suka mempunyai anak yang ramai dan turut mengambil seorang anak angkat bernama Meena.

Meninjau ke akaun Instagram Datin Shahida, telah dikongsikan video terbaru Raudhah yang sudah pandai berjalan dengan sendirinya. Wah, cepat sungguh Raudhah sudah pandai berjalan. Pastinya selepas ini Raudhah seronok berjalan di segenap pelosok rumah.

Jika dilihat anak-anak Datin Shahida kesemuanya cepat berjalan. Belum mencapai umur setahun sudah ligat berjalan ke sana dan ke mari. Haa, lepas ni sukarlah Datin Shahida hendak mengepung Raudhah. Tambahan pula dah ada geng untuk bermain iaitu abangnya, Yusof.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini membuatkan ramai netizen ger4m melihat kecomelan Raudhah yang persis anak patung. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Yeayyy.. kita yg excited lebih bila tengok anak dah pandai jalan. Anak saya 10 bulan dah berjalan haha.. skrng 11 bulan dah nk belari.. “

” Syoknya tngok baby bertatihhh. Doakan saya berjumpa jodoh dan dikurniakan zuriat soleh solehah AAMIINN. Sekejap plak rasanya, 2, 3 pkpb dh pndai jln. “

Lawanya gigi, macam anak patung raudhah. tak boleh lawan abang yusof lagi laju jalan 9 bulan kan datin. cantiknya Raudah moga jadi anak yg solehah .. aamiin.. “

” Bestnya skrg kn kite ade kemudahan teknologi mcm ni. Boleh jgk save video mcm ni. Kenangan yg terindah anak tengok bila dah besar nanti good job raudhah.. 11 bulan dah pandai jalan.. “

C0py paste mukq mama sungguhlaa si raudhah ni. Kenapa laa comeyy sgt si raudah ni ger4mmmya tgk dia.. “

” Cantiknyer raudhah… dah ade rambut, Allhamdulliah.. Cute Raudah. Yusuf versi perempuan . Kalo ank br pndai jln, mmg syok tgk nye.. “

” Yeahhh.. Dah bertambah geng usop n minaa.. Berlari berkejaran pas ni.. Sekejab je masa berlalu. Dah pandai jln Raudhah.. “

Wah, nampaknya selepas ini semestinya abang Yusof begitu seronok kerana sudah mempunyai kawan untuk berlari dan bermain bersama. Semoga Raudhah Arshiyah membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah serta berjaya di dunia dan akhirat.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Datin Nur Shahida

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..