” Your interior design is superb Keknis.. ” – Netizen

Hanis Zalikha Kongsi Gambar Interior Design Hasil Rekaannya. Wah Hebat Keknis Ni, Kreatif Sangat Orangnya. Nampak Ekslusif Dan Mewah !!

Hanis Zalikha antara selebriti wanita yang memiliki wajah cantik dan sentiasa tampil bergaya. Isteri kepada Hairul Azreen dan ibu kepada Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah ini juga dilihat seorang yang sopan santun dan lembut kelakuan dan tutur katanya.

Jika anda pengikut setia Hanis, pastinya sering melihat suasana rumah Hanis dalam setiap videonya. Kebiasaannya ruang tamu dan dapur kerapkali menjadi port video Hanis bersama anak-anaknya itu. Rumah Hanis juga kelihatan kemas dan dekorasi setiap ruang dihias dengan cantik sekali.

Meninjau akaun Instagram Hanis Zalikha, telah dikongsikan beberapa keping gambar Hanis di dalam kamar mandi yang sedang dalam proses rekaan dalaman. Hanis yang membuat sendiri interior design ini menggunakan mural di ceiling dan mengatakan clientnya setuju dengan designnya itu.

Tidak hanya pandai berlakon, mengacara dan berniaga, kini Hanis tunjukkan pula bakatnya sebagai Interior designer. Memang nampak berlainan sekali setelah mural dipasang di ceiling dan menyerlahkan kreativiti Hanis yang bagus ini.

Jom baca perkongsian di bawah :

(Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Dekorasi Hanis ini nampak lain dan menarik perhatian peminat. Bakat terpendam sungguh mommy Yusuf dan Alisa ini. Antara komen-komen peminat :

” Aaaaa your interiors design is superb keknis. Wahhh kreatif , inovatif. Lain dari yg lain.. tolong design kan rumah saya heheh.. “

” Mandi or berendam sambil merenung ceiling ni memang idaman setiap mak yg sedang membesarkan anak2 kecik. oh syoknyaaa.. “

” Heyy apeni buat ID plakkk, Keknis buat ID mmg cantik. Wah cantiknya.. keknis memang pakar bab2 ni. Dream house inshaAllah one day amiin.. “

” Wah cantiknya.. tak sabar nak pi tour umah dia ni. Cantik mural atas ceiling, nampak berbeza sangat.. Totally different from the original.. “

” Rumah baru ke kek nis cantiknyaa, talented lawa g1lerrr.. Confirm cantik rumah dia tuuu nanti.. Taste dahsy4t, Sama macam mama nya nani rostam . Pandai ID and deco.. ” 

” Sentuhan ajaib keknis memang powerlah. Cantik dan nampak luxury sangat. Geliga sangat otak keknis ni.. “

” Awww mommy… Multitasker betui. Semua boleh buat , so cantik kekniss punya design ni. Such a inspired women.. “

Bukan sahaja cantik malahan berbakat sangat Hanis ini dalam menatarias rumah. Pasti hasil akh1rnya nanti lagi membuatkan peminat teruja untuk melihatnya. Apa pun, selamat berkarya Hanis dan semoga pekerjaan Hanis dipermudahkan dan berjalan lancar.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Hanis Zalikha

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..