” Alhamdullillah kita nak kena tempah baju kenduri kahwin ni.. ” – Maria Tunku Sabri

Gambar Elisya Sandha Belajar Memasak Di Rumah Sheila Rusly Membuatkan Rakan- Rakan Artis Meneka Sheila Rusly Bakal Terima Menantu Tidak Lama Lagi . Wahh Nampak Macam Dah Approved Tu !!

Jika terdahulu, pelakon Nur Elisya Sandha yang juga adik kepada Fasha Sandha ini pernah dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan anak sulung penerbit drama terkenal iaitu Sheila Rusly, Uzair Haqimy. Namun khabar tersebut telah dinafikan oleh Elisya.

Elisya mengakui bahawa hubungan antara Uzair hanyalah sebagai sahabat baik. Jika sesiapa yang perasan, tahun lalu, Elisya turut menghentikan perkongsian gambar bersama Uzair di laman media sosial kerana tidak mahu orang ramai salah anggap berkenaan perkongsian itu.

Terbaru, hasil tinjauan di akaun Instagram milik Sheila Rusly, telah berkongsi beberapa gambar masakan dan antara gambar tersebut terlihat gambar Elisya Sandha sedang memasak di rumah Sheila. P0sting Shiela juga menyatakan bahawa Elisya mahu belajar memasak masakan Minang daripada Sheila.

Menerusi perkongsian gambar oleh Sheila itu juga, tiga menu telah dimasak oleh Elisya yang diajar oleh Sheila iaitu Berlado kepak ayam, lomak ciliapi rabuang dan berlado sumbat ikan. Memang kesemua menu itu menarik dan kelihatan begitu menyelerakan.

Ikuti perkongsian gambar tersebut di bawah :

(Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Di ruangan komen,  dua rakan baik Sheila iaitu Maria Tunku Sabri dan Sharifah Shahora sudah mula meneka dan bersuara untuk mencari baju majlis kahwin. Malah komen mereka juga turut mendapat respon daripada Sheila sendiri.

Macam dah ada bau nasi minyak lah pula. Andai benar, apa salahnya, beruntung tau Elisya, dapat bakal ibu mertua yang memang mahir dalam masakan. Bak kata pepatah, kalau dah jodoh pasti tak ke mana, apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan yang baik-baik buat Elisya  Sandha dan Uzair Haqimy.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Sheila Rusly, Elisya Sandha

Aktikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa  kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..