” Sebut je ‘dann tiada’ tu terus zapp merem4ng weh.. ” – Netizen

Video Dato’ Siti Nurhaliza Cover Lagu Peluang Kedua. Alahai Terbuai-Buai Rasanya Mendengar Suara Tokti, Memang Merdu Habisss. Ini Respon Nabila Razali Sendiri !!

Suara emas penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza tidak dapat dipertikaikan lagi. Sudah mencipta nama bukan hanya dalam negara malahan sehingga ke peringkat antarabangsa, Dato’ Siti sudah menerpa banyak kejayaan dalam kerjaya seninya ini.

Dato’ Siti melancarkan album studionya yang ke 18 pada Julai yang lalu yang diberi judul ManifestaSITI 2020. Ianya menggabungkan single dan beberapa buah lagu terkini Dato’ Siti dan salah satunya lagu tema bagi drama popular 7 Hari Mencintaiku 2, Aku Bidadari Syurgamu.

Lebih menggembirakan peminat Dato’ Siti, muzik video lagu ini berjaya merekodkan sebanyak 8 juta tontonan dalam masa 1 bulan di saluran Youtube. Ramai juga rakan-rakan artis lain yang membuat cover lagu h1t Dato’ Siti ini antaranya Misha Omar, Adira, Aina Abdullah dan ramai lagi.

Meninjau akaun Instagram Dato’ Siti Nurhaliza, telah dikongsikan satu video yang memperlihatkan Dato’ Siti mendendangkan lagu Peluang Kedua nyanyian asal Nabila Razali. Alunan suara Dato’ Siti yang lunak ini membuatkan peminat tidak puas kerana videonya terlalu pendek.

Jom tonton video di bawah :

Nyanyian Dato’ Siti ini tidak pernah mengecew4kan dan sangat merdu didengar. Ini meraih perhatian ramai peminat dan antara komen-komen mereka :

” Panjang sikit la Toktiiiiiii.. Tak puasssss, full song please toktiii.. “

” Kalau macam ni.. Peluang ke 3, 4, 5, 6 pun sy ok Tokti…. Powerr.. “

” Sebut je ‘dann tiada’ tu terus zapp merem4ng weh. Full please.. “

” Nape part huuuu uuu huuu tu sedap sangaaat.. “

” Meremang oi hahahahhaha.. bila Queen mula nyanyi.. “

” Tokti nyanyi lagu shoppee pun confirm sedap apatah lagi lagu nabila ni.. “

” Pandai main dgn suara sedap sgt. cover la full mak iti.. Upload kat youtube please.. “

Posting Dato’ Siti turut mendapat respon daripada tuan punya lagu, Nabila Razali :

Fuh bila Dato’ Siti cover lagu, memang aura lagu tu jadi lain macam terus. Merdu menus0k betul mendengar suara Dato’ Siti ini. Apa pun, baik Dato’ Siti mahupun Nabila kedua-duanya ada keistimewaan masing-masing. Semoga Dato’ Siti sentiasa berjaya dunia dan akhirat serta bahagia selalu bersama keluarga tersayang. Aamin

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ctdk

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..