” Cantiknya wife Tengku. Manis lembut je airmukanya.. ” – Netizen

Wajah Menteri Kewangan Negara, Dato’ Seri Tengku Zafrul Bersama Isterinya, Raja Datin Sri Johanna Jadi Tumpuan. Cantik Sangat Permaisuri Hati Tengku Zafrul Ni, Secocok !!

Wajah Dato’ Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz mula dikenali umum apabila namanya diangkat menganggotai barisan kabinet di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin Mac yang lalu. Tengku Zafrul dilantik sebagai Menteri Kewangan dan ianya amat bersesuaian dengan kelayakan dan pengalaman yang dimilikinya.

Tengku Zafrul dilihat seorang yang aktif dan mengamalkan cara hidup sihat. Cukup aktif di laman Instagramnya, Tengku Zafrul sering berkongsi aktiviti hariannya. Tengku Zafrul yang suka bersukan mengamalkan aktiviti jogging dan berbasikal.

Pada umur yang sudahpun lewat 40-an, tubuhnya tampak gagah dan sentiasa bersemangat. Lariannya juga bukan biasa-biasa dan kebiasaannya berbelas-belas kilometer setiap kali bersenam. Tidak hairanlah Tengku Zafrul nampak muda asbab menjaga kesihatan dan mengamalkan senaman.

Meninjau akaun Instagram Tengku Zafrul, telah dikongsikan sekeping gambarnya bersama isteri di satu majlis perkahwinan. Berpakaian sedondon berwarna biru, wajah jelita Datin Sri Johanna dan Tengku Zafrul nampak sepadan sekali. Berseri-seri senyumannya seperti pengantin baru pulak melihatnya, manis.

Jom baca perkongsian di bawah :

Cantik sungguh wajah isteri Tengku Zafrul ini dan ianya menarik perhatian netizen. Antara komen-komen mereka :

” Beautiful wife, so sweet couple.. Lovely couple, mcm pengantin tak jemu hari2 tgok.. “

” So sweet, bagai pinang dibel4h dua. Hehehe.. Steady dato seri pasangan romantik.. ”

” Comel cantik manis isteri, lovely couple sweettt.. Masya Allah such a sweet couple. Pasangan yg sangat cantikk.. “

” Dah lawa sedondon mengalahkn pengantin pulak.. Cantiknya isteri dato’. bagai pinang dibel4h dua.. ”

” Alahai melting tgk couple ni. Cantikkknyaaa isteri Dato’.. “

” Cantiknya wife tengku. Manis lembut je airmukanya, terpesona sekejap.. “

Sama cantik sama padan, nampak wajah Tengku Zafrul dan isteri juga seiras. Kata orang jika wajah pasangan nampak sama jodohnya itu kekal dan berpanjangan. Apa pun, semoga Tengku Zafrul sentiasa dilindungi Allah daripada sebarang mus1bah dan bahagia selalu di samping keluarga tersayang. Aamin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Tengku Zafrul

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..