” So cute lah both of you, hopefully till jannah.. ” – Netizen

Video Pasangan Durian Kimchi, Ryzal Dan Maryam You Narae Bercerita Saat Pertama Kali Berkenalan Buat Ramai Peminat Terhibur. Wah, Sweet Jer Tapi Tetap Kelakar !!

Pasangan suami dan isteri, Nik Muhammad Ryzal dan Maryam You Narae sememangnya popular di media sosial. Pasangan antara dua negara iaitu Malaysia dan Korea ini mempunyai akaun media sosial iaitu Instagram dan YouTube bernama Durian Kimchi.

Keletah pasangan ini sangat menghiburkan dan hal ini membuatkan ramai yang gemar mengikuti perkembangan mereka. Kini, Ryzal dan Maryam berada di Malaysia sejak dua minggu yang lalu. Pasangan ini sudah tamat menjalani tempoh kuarant1n sejak beberapa hari yang lepas.

Pada hari ini, mereka telah dijemput ke stesen radio Era. Je untuk segmen JOHARA pagi di Era. Menerusi akaun Instagram Era.je, beberapa video temubual pasangan ini telah dikongsikan. Pelbagai gelagat menghiburkan pasangan ini membuatkan ramai tidak kering gusi.

Ryzal dan Maryam juga berkongsi cerita bagaimana pertama kali mereka berkenalan sehingga akhirnya bertemu jodoh. Maryam juga begitu peramah dan tidak kekok bertutur dalam bahasa melayu walaupun kadangkala sebutannya tidak betul. Sweet sangat lah pasangan ni !!

Jom tonton beberapa video di bawah :

Keletah pasangan ini telah menghiburkan pendengar radio Era dan netizen terutamanya ketika Maryam bertutur dalam bahasa Melayu. Antara komen-komen mereka :

” Kelakar wei couple nie… comel depa dua ni.. “

” So cute lah both of you.. hopefully till jannah.. Aamiin .pasangan korlayu paling comel paling sweet paling sporting.. Macam mana nak cari jodoh korea eh.. “

” So cute happy sangattt dgn Maryam n husband moga hingga jannah sarangaeeeee.. “

” Teringin pulak nak cari awek korea ni .. “

” Mengekek2 gelak dgr dorg kt era pg td.. “

Wah, tak sangka begitu mudah je Ryzal memikat awek Korea ye. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga jodoh Ryzal dan Maryam berkekalan sehingga ke syurga dan dapat menimang cahaya mata secepat mungkin. Mesti comel kacukan Korea dan Malaysia.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Era.je, Maryam You Narae

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..