” Alhamdulillah, tahniah ASP Razlan. Anak artis yang ada beauty with brain.. ” – Netizen

Pelakon Zulkifli Ismail Kongsi Berita Gembira Kejayaan Anaknya, Zulfati Izazi. Namun Wajah Manis Zulfati Jadi Tumpuan Peminat. Alahai Lembut Sungguh Air Mukanya, Penampilan Pun Sopan. Tahniah Dr Zulfati !! 

Pelakon Zulkifli Ismail antara pelakon veteran yang sudah berpuluh tahun berkecimpung dalam bidang lakonan. Namanya cukup sinonim dengan drama kepolisian Gerak Khas yang mana Zulkifli membawakan watak ASP Razlan. Banyak melakonkan watak sebagai ayah dan korporat, bakat lakonannya tidak dapat dinafikan lagi.

Sebelum bergelar pelakon, Zulkifli adalah wartawan di Utusan Melayu. Zulkifli ada berkongsikan tag namanya semasa bergelar wartawan di Instagramnya baru-baru ini. Untuk pengetahuan, Zulkifli memiliki dua orang anak iaitu Zulfati Izazi dan Zulzarif Irfan.

Menurut laporan Portal Hijabista, isteri Zulkifli pernah menerima anugerah Ikon Guru Wilayah Persekutuan pada tahun 2017. Kebijaksanaannya itu diwarisi anaknya, Zulfati Izazi yang telahpun berjaya menghabiskan pengajian Master pada tahun 2017 yang lalu.

Meninjau akaun Instagram Zulkifli, telah dikongsikan beberapa keping gambar Zulfati bersama berita gembira tentang kejayaan anaknya ini lulus viva PhD di Universiti Sains Malaysia dalam bidang Bahasa, Literasi dan Terjemahan. Wah bukan biasa-biasa anak gadis Zulkifli ini. Memiliki wajah yang manis dan ayu berhijab, kejayaannya ini membanggakan seluruh keluarga.

Jom baca perkongsian di bawah :

(Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Manis sungguh anak dara Zulkifli seorang ini. Peminat juga turut memuji dan mengucapkan tahniah atas kejayaannya anaknya ini. Antara komen-komen mereka :

” Tahniah… sweet wajah dia… Cantik sangat anaknya.. “

” Tahniah uncle tahniah cikgu dan tahniah Dr.. Tahniah cantiknya anak dara ayah ni. proud of u.. ”

” Masyaallah Alhamdulillah tahniah Dr. Congrats to daughter & amazing parents.. “

” Tahniah anak uncle, uncle, wife uncle & family. kejayaan anak bangsa yg perlu diraikan kerana utk membangunkan anak bangsa juga.. “

” Tahniah sejuk mata memandang. Moga terus berjaya.. “

” Tahniah kpd Dr Izaty. Kami pensyarah Di Program Linguistik UKM sgt teruja kerana anak didik kami.. “

” Tahniah Dr zazie, umie dan zul. Hebat.. Alhamdulillah tahniah, comey puteri u.. ”

” Alhamdulillah, tahniah ASP Razlan. Anak artis yang ada beauty with brain, salute.. “

” Tahniah uncle zulkifli. Anak cantik,manis, sopan sangat.. Cute n comel anak abg, tahniah syabas atas kejayaan bergelar Dr.. “

Kejayaan Zulfati pastinya membuatkan hati seorang ayah bangga dan berbaloi dengan segala keringat yang dikerah untuk memastikan anak-anaknya berjaya. Tahniah buat Dr Zulfati dan semoga semakin berjaya di masa akan datang. Untuk Zulkifli juga tahniah diucapkan dan semoga kerjaya seni Zulkifli berjalan lancar selalu. Aamin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Zulkifli Ismail, Portal Hijabista

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..