” Lain macam papa punya excited kali ni, macam first baby pulak.. ” – Diana Rafar

Diana Rafar Kongsi Video Suaminya, Zamarul Hisham Yang Kelihatan Teruja Sedang Mendukung Anak Mereka Yang Baru Lahir. Manalah Tak Excited Si Papa Tu, Tengok Anak Comel Pipi M0ntel Ni Ger4m Lah !!

Ramai sudah ketahui bahawa pada 20 September baru-baru ini, pelakon Zamarul telah berkongsi berita gembira bahawa isteri tercintanya, Diana Rafar telah selamat melahirkan anak mereka yang ketiga iaitu bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Shah Alam.

Menerusi perkongsian di laman sosial, Zamarul juga turut berkongsi gambar hero barunya itu berserta dengan ucapan. Mendedikasikan ucapan terima kasih kepada semua yang sentiasa tidak henti mendoakan urusan isterinya ketika bersalin dan segalanya dipermudahkan.

Diana yang berusia 38 tahun pada awalnya dijangka melahirkan anaknya itu pada pertengahan bulan Oktober hadapan. Namun, tidak dijangka, bayi tersebut perlu melalui proses pembedah4n. Untuk pengetahuan, Diana dan Zamrul turut mempunyai dua orang anak lagi iaitu  Kashfi Haiqal, 10, dan Kayla Reysha, 3.

Hasil tinjauan di akaun Instagram milik Diana, telah dikongsikan satu video yang memaparkan suaminya Zamarul sedang mendukung anak mereka yang baru lahir. Kapsyen Diana mengatakan suaminya kelihatan teruja pada kali ini menyambut kelahiran anak ketiga mereka itu seperti seakan menerima kelahiran anak pertama.

Tonton perkongsian video tersebut di bawah ini :

Perkongsian video tersebut turut mendapat perhatian para netizen. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Halahh halahhh comeyyy bulat seketui hehe.. “

” Ya Allah ger4am nya tgk bby montel pipi tu, celik mata plk tu .. Mana la papa nya tak excited kan.. “

” Comelnya bam2 rasa cam nak gomol ja baby tu.. “

” Alhamdulillah.. Sham & Diana with baby comel.. Comelnya dia.. Pipi dia Allah.. ”

” Sbb jarak jauh tu.. Saya pun suami cm lain btul .. Nmpk seronok tu lain.. “

Alahai tengok pun ger4m si kecil ni, comel betul anak Zamarul ni. Apa-apa pun, Alhamdulillah segalanya dipermudahkan dan ibu dan anak selamat. Kami dari Berita Kopak mendoakan semoga anak ini membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh. Aamin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Diana Rafar, Zamarul Hisham

Aktikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa  kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..