” Tidur muka ada senyum bikin papa ger4m ter0k ni.. ” – Zul Yahya

Zul Yahya Kongsi Gambar Anaknya Yang Baru Lahir Sedang Lena Tidur Sambil Tersenyum. Subhanallah Comel Sangat Dengan Lesung Pipit Dan Hidung Mancung Dia Tu !!

Zul Yahya adalah salah seorang selebriti tanahair kita. Kini, Zul tidak lagi aktif sebagai pelakon tetapi lebih menumpukan kepada perniagaan yang diusahakannya selain melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti keagamaan. Zul yang sebelum ini popular dengan drama Papaya kita lebih tenang selepas berhijrah.

Zul Yahya telah mendirikan rumah tangga dengan Siti Raihan Mohd Rodzi sejak 2007. Sejak berhijrah, isteri Zul juga telah ikut sama-sama berhijrah ke arah yang lebih baik dan telah berniqab. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini telah dikurniakan 6 orang anak dan yang terbaru adalah seorang bayi lelaki, lahir pada awal September tahun ini.

Zul juga antara selebriti yang suka berkongsi aktivitinya di akaun Instagramnya. Sejak mendapat baby boy baru ni, Zul juga sering berkongsi gambar dan video perkembangan bayi lelakinya. Sebelum ini, Zul ada berkongsi gambar bayinya sudah pandai bertongkat dagu walaupun baru berusia 2 minggu lebih. Lesung pipit dekat pipi tu, comel sangat.

Menerusi tinjauan kami di Instagram, Zul ada berkongsi gambar bayi lelakinya tidur sambil tersenyum manis. Kapsyen Zul telah meraih perhatian netizen. MasyaAllah. Comel sangat anak Zul. Kecil-kecil sudah banyak kelatah yang sangat cute dikongsikan di akaun instagram Zul. Bertuah Zul dan isteri punya anak-anak yang comel.

Jom lihat perkongsian gambar di bawah :

Perkongsian Zul mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Antara komen-komen netizen :

” Eh senyum plak dia.. MasyaAllah ensem boy ni.. “

” Tidur dlm imaann.. MashaAllah MashaAllah.. “

” MasyaAllah comeynya.. hidungnya mancung.. pipinya aduyaiiii.. gig1t cikit boleh.. “

” MasyaAllah… ada mimpi baguih tuu.. Tdo Pon comel.. “

” Kecik2 dh pndai senyum.. InshaaAllah bsr jd org yg peramah ni.. “

” Mana lesung pipit.. geram tgok lesung pipit tu.. comey sgt.. “

” Tu ada yg ngagah dlm tido tu. Nyangan bidadari yg suka abam usik anak dulu.. “

Tahniah Zul atas kelahiran bayi lelaki ini. Comel sangat kan bayi ni. Senyum sambil tidur tu mesti tengah bermimpi yang baik-baik. Semoga bayi ini membesar menjadi anak yang soleh, hafiz, daie dan alim sepertimana yang diimpikan Zul. Semoga keluarga ini sentiasa di bawah kasih sayang dan redha Ilahi, Insha Allah. Amin.

Silakan SHARE…

Sumber : IG Zul Yahya70

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..