” Terbaik lah Dato’. Background muzik tu pehh.. ” – Netizen

Video Dato’ Rizalman Menjahit Pakaian PPE Untuk Frontliner. Namun Muzik Iringannya Jadi Tumpuan. Alamak Lagu, Syahdu Betul Dato’ !!

Semenjak perintah kawalan pergerakan berlangsung, bermacam ragam artis dan selebriti dapat disaksikan. Yang menghiburkan, tak kurang juga yang memberi nasihat dan bebelan, Dato’ Rizalman antara salah seorang yang menjadi tumpuan peminat.

Pereka fesyen terkenal ini yang terkenal dengan gaya membebelnya yang comel buat ramai terhibur. Menggunakan bahasa yang mudah difahami dan berterus terang, PKP ini menyaksikan pengikut Instagramnya meningkat dan kini sudahpun mencapai angka 1 juta orang.

Menyedari situasi terkini yang dihadapi oleh negara, Dato’ Rizalman turut serta bersama pereka fesyen negara yang lain menyumbangkan pakaian PPE yang direka dan dijahit khas buat para fr0ntliner yang bertungkus lumus membantu menangani wab4k C0v1d-19 ini.

Menerusi akaun Instagram, Dato’ Rizalman telah berkongsikan beberapa video yang memaparkan beliau sendiri menjahit pakaian PPE untuk para frontliner. Gelagatnya yang lincah menjahit dan menandatangani kesemua baju PPE itu diiringi lagu raya buat netizen ketawa dalam tang1san. Nak raya weh !

Jom tonton video di bawah :

( Klik butang KANAN > untuk menonton video seterusnya.. )

Rata-rata netizen tersentuh mendengar iringan muzik ini. Antara komen-komen netizen :

” Lagu rayaaaaaa.. Nak nangesss ni Dato’ .. “

” Terbaik lah dato’…. Sambil layan lagu raya best nya…. Semoga Allah murah kan rezeki dato selalu.. “

” Lagu tu punnnn haihhhh. Lagu rayaaa… Semangat.. ” 

” Baju PPE ke? Raya nanti kita pakai baju PPE… “

” Dengan iringan lagu raya huhu.. “

” Adoiii dato, awat lagu raya berkumandang kat background.. “

” Ya Allah lagu… Dah boleh raya.. Background music tu pehh.. “

” Haha alamak lagu tu macam nak suh kami raya dengan PPE jee hahah thank you Dato’.. “

Bagus Dato’ Rizalman turut sama menyumbang tenaga dan hasil tangan PPE untuk para fr0ntliner. Tengok kesungguhan Dato’ Rizalman menjahit dengan iringan lagu raya tu aduhai mengam1t airmata betul. Apa pun, kita mesti menang dalam perjuangan ini. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Dato’ Rizalman diberi kekuatan untuk terus memberikan inspirasi kepada semua.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Dato’ Rizalman by Berita Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..