” Sedaplah suara dia, ada satu tone suara yg tak ramai penyanyi boleh buat.. ” – Netizen

Video Anak Sharifah Shahirah, Airra Menyanyi Dapat Pujian Ramai. Woww.. Serius Merdu Sangat Suara Dia !!

Siapa tidak mengenali akan pelakon, pelawak dan penyampai radio iaitu Sharifah Shahirah. Sikapnya yang sentiasa menghiburkan buatkan ramai tidak kering gusi ketawa. Shahirah atau lebih mesra disapa sebagai Shiera mula mencipta nama sejak tahun 1993 hingga kini.

Mengimbau kerjaya Shiera dahulu, biarpun sinar Shiera di layar perak tidak segermerlapan aktres-aktres komedi lain, namun nama Shiera sentiasa meniti bibir peminat menerusi aksinya di kaca TV. Malah, drama Mat Despatch yang dibintanginya sejak 1996 hingga 2001 ternyata menjadi fenomena.

Pernah mendirikan rumah tangga bersama Jatt, vokalis kumpulan Black D0g B0ne dari Singapura dan mempunyai seorang anak perempuan. Shiera kemudiannya telah mendirikan rumah tangga kali kedua bersama Ijoy yang merupakan pelakon pada 2003, dan hasil perkongsian hidup bersama, mereka dikurniakan 4 0rang cahaya mata.

Menerusi perkongsian di Instagram, Shiera telah berkongsi satu video yang merakamkan anak ketiganya, Airra bernyanyi. Shiera juga turut berkongsi cerita bahawa anaknya itu merupakan seorang yang pendiam, namun dia juga merupakan penghibur keluarga mereka.

Tonton video yang dikongsikan oleh Shiera di bawah :

Rata-rata netizen turut memuji akan suara Airra yang begitu merdu itu. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Kak Shiera! Mana da suara cek1k tulang…  She got the tone.. Sangat unique and sedap.. “

” Sedap tone suara dia sis .. Ala2 yuna dah ni bole gi jauh ni .. “

” Tone suara dia sedaplah.. “

” Blh nyanyi ni suara.. Blh jual ni.. “

” Suara dia sedap n lawa orgnya.. “

” Nice voice…. She very quite …. “

” Sedaplah suara dia ada satu tone suara yg tak ramai penyanyi boleh buat.. “

Woww.. Merdu betul suara anak Sharifah Shahirah ni. Tak Sangka, pemalu, tapi bakat memang terbaik. Kalau diasah lagi bakat tu, pasti besar nanti jadi penyanyi. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Airra menjadi anak yang solehah kepada kedua ibu bapa. Aamin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Shiera, Airra by Berita Kopak

Aktikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa  kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..