” Bulu mata Fad tu ori ke ? “

Ditegur Netizen Apabila Melihat Bulu Mata Fad Bocey Kelihatan Panjang Dan Lentik. Ini Respon Isteri Fad, Syaheera Yang Mencuit Hati..

Muhammad Fadzlie bin Mohd Nizam atau lebih dikenali sebagai Fad Bocey merupakan pelawak, penyampai radio dan pelakon Malaysia. Beliau merupakan salah seorang ahli kumpulan Bocey bersama Achey dan Abam. Kumpulan Bocey banyak menyertai pertandingan lawak.

Antaranya ialah pertandingan Maharaja Lawak Mega (MLM) selama beberapa tahun bermula dari tahun 2013. Pada tahun 2016 dan 2017 , kumpulan Bocey telah bergelar juara dalam MLM dan lawak mereka sering mendapat tempat di hati para penonton.

Fad berkahwin dengan Nur Syahirah A. Rahman pada 2015, mereka dikurniakan 3 anak iaitu sepasang kembar lelaki dan seorang perempuan. Fad juga ialah bekas peserta rancangan TV realiti Bintang Mencari Bintang musim pertama terbitan TV3.

Menerusi akaun Instagram, isteri Fad berkongsi gambar Fad dan anak bongsu mereka, Aminah. Aminah memakai tah1 lalat palsu dan disolek ringkas sahaja sekadar suka-suka. Namun dilihat terdapat persamaan antara dua beranak ini. Alahai comelnya Aminah.

Rata-rata netizen menyatakan wajah Fad dan anaknya sangat seiras. Antara komen-komen mereka :

” Expression tu sama sangat macam bapaknya! “

” Hahahaha sikit lg nak sama…. ltk misai n janggut sekali….. “

” Alolooo… comey nya senyum cik min kite…. tah1 lalat tu mahai noo.. “

” Tah1 lalat cari makan tu..hihihi.. “

” Ni baru betul… bapak b0rik ank rintik..  Anakk bapak.. “

Namun komen daripada seorang netizen ini begitu menarik perhatian kerana beliau menegur bulu mata Fad yang nampak panjang dan lentik. Ini respon isteri Fad, memang win sangat :

Wah boleh tahan juga bulu mata Fad ni ye. Kalau pakai maskara mesti kalah Che Ta, Hehe. Aminah pun comel je memakai tah1 lalat palsu tu. Memang anak bapa sangat kerana dilihat banyak persamaan pada wajah mereka. Semoga Fad dan keluarga sihat sentiasa.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Syaheera Rahman, Fad Bocey by Berita Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..