” Anak kau tu dah tak betul sibuk nak tunjukkan kat video, menak0tkan aje tengok.. “

Amboiii Sedapnya Mulut Mengata Anak Orang. Terima Komen Biad4p Netizen, Ini Respon Zarina Zainuddin.

Ramai sudah sedia maklum pelakon Zarina Zainuddin mempunyai sepasang anak kembar istimewa yang autissm iaitu Muhammad Razil Azrai (Azil) dan Muhammad Raizal Azrai (Azal). Selain daripada itu Zarina juga mempunyai dua orang anak lelaki yang bernama Naim dan Adam.

Azil menghidap hyper aut1sm manakala Azal mempunyai mild aut1sm yang dikesan ketika mereka berusia tiga tahun.

Azal masih boleh bercakap, membaca, menulis serta boleh dilepaskan untuk keluar ke kedai seorang diri dan pandai membeli barang yang diinginkan sendiri. Dia juga seorang yang peramah, suka berkawan dan bergaul dengan orang ramai.

Manakala Azil hanya mampu mendengar tapi tidak boleh berkomunikasi secara verbal. Walau bagaimanapun, ia tak menjadi penghalang untuk Zarina bercakap dan bertanya Azil akan kehendaknya. Menjadi cabaran besar untuk ibu tabah ini membawa Azil keluar kerana ada masa susah untuk mengawalnya.

Anak-anak Zarina dikenali ramai kerana Zarina sering memuat naik video dan gambar mereka di laman sosial Instagram. Namun begitu rupa-rupanya ada juga yang tidak menyukai tindakan Zarina berkongsi video dan gambar anaknya itu.

Menerusi akaun INstagram, Zarina memuatnaik komen seorang netizen yang memberi komen yang dianggap agak keterlaluan :

” Anak kau tu dah tak betul sibuk nak tunjukkan kat video, menak0tkan aje tengok.. “

Komen netizen ini mendapat perhatian ramai yang mar4h kepadanya yang dikatakan sangat biad4p.

Jom baca perkongsian Zarina di bawah :

” Anak akak tak berapa betul akak pun baru nak belajar jadi betul .. takpe tapi kasih sayang akak pada anak melimpah limpah bak air pasang yang tak pernah surut .. “

” Syukur Allhamdulillah, nikmat dan rahmat Allah bagi hidup kita tak pernah sempurna sampai bila2 kerana Allah tak pernah salah menguji hambanya.. “

” Semuga awak juga dalam rahmat Allah dik.. ”

Rata-rata netizen menasihati Zarina supaya mengabaikan kata-kata negatif orang lain terhadapnya. Antara komen-komen netizen :

” Yes just bl0ck orang g1ler mcm tu kak… takde life org mcm tu.. dia dengk1 kat org lain sepanjang masa.. “

” Xpyh layan org tiada adap mcm tu.. klu explain pun.. org tu xkn faham sbb dia tak berada d tempat akak… “

” Sabar kak zarina diorg tu x paham keadaan akk tapi mulut kurg ajar betul blok terus acc org camtu dah la pkia acc f4ke… “

” Strong mom.. cabaran kita berlainan.. tak sama.. dan tangan Allah beri bukan untuk hina org lain.. muhasabah diri.. “

” Anak akk dh tentu ke syurga…. dye yg mengata belum tentu ke syurga.. so kpd org yg mengata, minta maaflh balik ddunia ni… esok2 dsane merangkaklh kau mencari utk meminta maaf… “

” Kerana video akak lar saya lebih prihatin & memahami anak2 istimewa biler diluar sana… terima kasih kak… “

” Jgn layan kak @zarinazainuddin_ manusia mcm tu. Akak manusia yg beruntung… ibu yg hebat. Akak ade 2 anak syurga. Beruntungnya akak ada syafaat mereka di akhirat kelak. Anak syurga akak ini yg akan pimpin akak ke syurga. InshaAllah.. “

Tujuan Zarina berkongsi gambar dan video kepada masyarat umum kerana ingin berkongsi anak-anak istimewa ini juga berhak hidup seperti orang lain. Ambil ianya sebagai sesuatu yang positif.

Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Zarina tabah dan sabar menjalani kehidupan seharian membesarkan anak-anak istimewa. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.

Semoga ketabahan pelakon Zarina Zainuddin membesarkan 2 orang anak autism menjadi sumber inspirasi kepada ibu-ibu di luar sana terutama sekali kepada yang turut memiliki anak aut1sm.

Silakan SHARE, semoga bermanfaat..

Sumber : IG Zarina Zainudin by Berita Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..