” Ya Allah comelnya. Pandai sangat. Banyak kali tengok pun boleh cair !! “

Video Yusuf Iskandar Baca Buku Sambil Buat Gaya Buat Ramai TERHIBUR. Part Yang Gaya Camera Tu Alahai COMEL Sangat. Cheese Mummy !!

Nama si cilik Yusuf Iskandar tidak perlu diperkenalkan lagi. Sehingga kini scomel ini mempunyai 2.4 juta pengikut di laman sosial Instagram.

Anak kepada pasangan pelakon Hairul Azreen dan Hanis Zalikha ini bakal menjadi abang tidak lama lagi. Semoga bercuti di Jepun baru-baru ini, pasangan ini berkongsi berita gembira bakal menimang anak baru di akaun instagram milik mereka.

Rata-rata peminat sering terhibur dengan telatah dan gelagat Yusuf yang comel ini. Yusuf yang lahir pada bulan Jun 2016 kini telah berusia 2 tahun lebih.

Aksi yang sering dimuatnaik di akaun instagram miliknya atau kedua ibu bapanya. Malah kadang-kadang di akaun Instagram milik kucing kesayangan mereka Bujibu Champel.

Menerusi akaun instagram, Hanis telah berkongsi video rakaman Yusuf sedang membaca buku. Apa yang menariknya setiap gambar yang ditunjuk oleh Yusuf mesti akan diselang-selikan dengan aksi-aksi yang bersahaja dan menghiburkan.

Contohnya bila tunjuk gambar kamera, Yusuf akan membuat aksi menangkap gambar sambil mengatakan ‘Cheese Mummy’.

Kemudian semasa melihat gambar kek, Yusuf menyanyikan lagu Happy Birthday untuk ibunya, kemudian dia menepuk tangan dan membuat gaya seolah-olah meniup lilin.

Alahai Yusuf, tak pernah tak comel. Pandai ‘link’ kan gambar dengan gaya-gaya. Sudahlah comel, bijak pula tu.

Video ini menarik perhatian ramai sehingga menerima banyak likes dan komen. Rata-rata memuji kecomelan Yusuf berinteraksi dengan ibunya.

Jom tonton video penuh di bawah :

View this post on Instagram

🎂

A post shared by Yusuf Iskandar Hairul Azreen (@theyusufiskandar) on

Rata-rata peminat memuji Yusuf seorang anak yang comel dan bijak. Antara komen-komen peminat :

” Ya Allah comelnya… Pandai sangat !! “

” Weh sumpah tak rilek comel gila do kau yusuf. nak gigiittt boleh tak “

” Yusuf cepatnya rasa membesar. please stop growing. You’re so cute lil boy.. “

” Alaaa cairrr dia nyanyi apy befdayy.. “

” Terhibur lah tengok Yusuf ni good boynyaaaa.. “

” Pandainya Yusuff. Pandai dia link object dgn something related.. bijak sgt syg Yusuf.. “

” Ya Allah bijaknya anak ini, baru 2 thn lebih bijak sgt ni sygggggg, nak dpt adik dah be a good brother syg.. “

” Pintar nya the yusoff. balik2 tengok.. stay cute yusof.. “

” Moga Yusuf jadi anak yg soleh ye. Many people love u lil boy.. “

” Comellllllllllll nye yusuffffff… bijak plak tuuu… “

Kami di Berita Kopak mendoakan Yusuf membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh serta membahagiakan ibu dan bapa di dunia dan akhirat.

Semoga Yusuf menjadi anak yang bijak pandai, sopan santun, hormat orang tua dan sentiasa dalam lindungan Allah selalu. Tahniah Yusuf sudah jadi abang. Yusuf kena tolong mummy dan daddy jaga Alisa Aisyah okey !!

Silakan SHARE..

Sumber : IG Yusuf Iskandar by Berita Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..