” Suka tengok Chef Wan layan mak dan bekas isteri.. “

Gambar Chef Wan Makan Bersama Keluarga Dan Bekas Isterinya Tarik Perhatian Ramai. Terbaik Chef Wan, Memang Respek Lah !!

Datuk Chef Wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuawan bin Ismail dikenali sebagai seorang yang peramah dan suka bercakap. Tengok sahaja rancangan memasaknya di televisyen, sambil memasak Chef Wan akan berceloteh berkongsi tips dan bercerita sambil menghiburkan semua.

Jika anda mengikuti kami di Berita Kopak, kami sering memaparkan kisah Chef Wan bersama ibunya, Noraini Abdullah atau lebih dikenali dengan nama Cik Ani. Gelagat Chef Wan yang suka menyakat ibunya buat ramai yang terhibur.

Malah cara Chef Wan menjaga dan melayan ibunya sangat mengagumkan ramai orang. Chef Wan memang seorang anak yang baik dan boleh dijadikan contoh kepada semua.

Kali ini kami ingin berkongsikan mengenai hubungan Chef Wan bersama bekas isterinya, Wan Nurhayati Ayub. Menurut laporan Utusan Malaysia pada tahun 2005, walaupun telah berpisah dengan Wan Nurhayati, namun beliau tetap menanggung bekas isterinya itu kerana tidak mahu anak-anak hidup terbiar.

Beliau turut membelikan sebuah unit kondominium mewah di Tiara Ampang untuk bekas isteri dan anak-anaknya, Mohd. Nazri dan Serina tinggal pada ketika itu.

Tambah Chef Wan lagi, beliau tetap memberi bekas isterinya duit untuk perbelanjaan sendiri dan menyediakan pembantu rumah dan menjelaskan segala bil di rumah itu.

Bukan itu sahaja, malah Chef Wan turut membawa bekas isterinya dan ibunya sendiri, Noraini Abdullah menunaikan umrah pada tahun 2003 dan menunaikan haji pada 2004.

” Sebagai orang Islam saya menerima takdir antara saya dengan dia sudah tidak ada jodoh. Bagaimanapun dia tetap ibu kepada anak-anak saya. Bukan itu sahaja, malah Nurhayati adalah sepupu saya.. ” katanya.

Melalui akaun instagram, Chef Wan memuatnaik video 2 orang cucunya. Menurut Chef Wan, beliau akan membawa cucunya ke restoren cina untuk menyambut ulangtahun kelahiran kawannya.

Apa yang menariknya, Chef Wan turut membawa bekas isterinya sekali untuk turut serta bersama ahli keluarganya yang lain.

Baca perkongsian Chef Wan di bawah :

” Taking both my grandchildren to a Chinese restaurant in Ampang to celebrate my friend Dato Jonesser birthday.. “

” Joining us is my mother, Serina, my nephew and x wife too.. “

Untuk posting yang seterusnya, Chef Wan berkongsi gambar bersama keluarga termasuklah bekas isterinya, Wan Nurhayati Ayub.

” Enjoying our dinner at a Seafood restaurant for Dato Jonesser birthday this evening with my family.. “

(Gambar Nurhayati paling kanan)

Rata-rata netizen kagum dengan Chef Wan, walaupun sudah berpisah dengan bekas isteri tetapi masih lagi menjaga kebajikannya. Antara komen-komen netizen :

” MasyaAllah. Sememangnya dari dulu saya respect Chef sebab jaga elok keluarga walaupun dah taraf bekas isteri. Teringat zaman saya muda mak saya selalu sebut chef kalau pergi oversea shooting rancangan memasak bila ada scene shopping beli souvenir, Chef akan beli juga ‘untuk janda saya’ kata Chef . Kalaulah semua exhusbands boleh jaga anak dan exwife macam ni. Ini kita minta nak pinjam RM50 sebab terdesak janji pulang in 3 days pun dia tak bagi. Pinjam pun sebab nak beli makanan untuk anak-anak! Tapi sekali tu sajalah lepas tu tak ingin nak minta tolong apa dah.. “

” Some people are better as friends, macam Chef dgn exwife. Sometimes it’s better not to repair something that is working great.. “

” Suka tgk chef layan mak dan bekas isteri.. “

” Jangan heran kenapa Chef Wan ni tak putus rezeki. Tengok gambar sudah. Biar gambar tu bercakap. Nilaikan sendiri. To young generation. Renung-renungkanla.. “

” Adore u Chef… lelaki yang menghormati wanita dan ibu.. “

” If all the ex hubs macam u CW anak2 takan terasa hati and str3ss but unf0rtunately a person like u is just one in a million… “

” Chef wan bukan sj layan mak dengan baik.. layanan untuk bekas isteri pon baik… mmg helok dijadikan idola.. “

Chef Wan adalah satu dalam sejuta. Bukan senang nak jumpa lelaki yang masih menjaga kebajikan bekas isterinya selepas berpisah. Semoga dapat menjadi contoh dan sumber inspirasi kepada netizen di luar sana.

Kami di Berita Kopak mendoakan Chef Wan dimurahkan rezeki, dipermudahkan semua urusan di dunia dan akhirat. Semoga Allah membalas semua kebaikan Chef Wan. Amin..

Betul orang cakap, biasa yang mulut bising ni hatinya sangat baik. Setuju tak ?

Silakan SHARE..

Sumber : IG Chef Wan / Utusan Malaysia by Berita Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..