” Mung ni tak dok tomakninoh, mung tau dok.. “

Gelagat Pak Azad Bergurau Dengan Adik Ipar Buat Peminat Terhibur. Kelakar Betul Pak Azad Ni !!

Kepada yang mengikuti akaun instagram pelakon Azad Jazmin atau dikenali dengan nama Pak Azad dan isterinya pelakon dan penyanyi Eira Syazira mesti anda selalu melayan video-video kelakar dan sweet pasangan ini.

Pak Azad ni buat video tak sah tak kelakar. Ada je idea dia nak bagi orang gelak. Memang tak kering gusi kalau menonton aksinya yang kuat mengusik dan bergurau sama ada dengan isterinya, anak-anak dan juga ahli keluarga yang lain.

Yang terbaru, Eira berkongsi video suaminya sedang ‘berbaloh’ dengan adiknya, Syafnida dalam loghat Kelantan di akaun instagram.

Menerusi video itu, Pak Azad bergurau dengan melagakan kepala adik iparnya yang sedang makan itu beberapa kali ke perutnya.

Kedengaran suara Eira yang merakamkan video ini ketawa berdekah-dekah dengan gelagat nakal suaminya itu.

Video ini mendapat perhatian ramai sehingga memperolehi banyak komen dan like.

Jom tonton video penuh di bawah :

@azadsyazirarose baloh denga adik ipar dio @syafnidashuhaimi (kecek kelate) #takdoktokmakninoh.. “

Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat Pak Azad. Antara komen-komen netizen :

” Mung ni xdok tomakninoh. Sapo tu? Adula sumak.. Nakal Hahaha.. “

” Aduhai.. suke sangat tengok gelagat suami istri ni semoga bahagia till jannah amiiinn.. “

” 2 3 kali aku ulang video nie , hahahaha lawak betol lah.. “

” Memg sokmo la kami tgok suami isteri ni … xpna xgelak … ade je buat org trgelak.. “

” Aku pernah tgk dia buat dkt adik ipar dia yg lagi sorang .tapi masalahnya skrg aku berdekak sbb dgr eira ketawa hahahahahhahahaha.. “

” Aku gelak sebab dengar eira gelak. Tu lg kelakor.. “

” Tgk byk kali, dgr gelak kak @eirasyaziraofficial mmg tak boring laa.. Lucu sgt.. “

Alahai Pak Azad ni, ada je idea dia nak buat kelakar dan bagi orang gelak. Apa-apa pun semoga Pak Azad dimurahkan rezeki dalam apa juga bidang yang diceburi dan berbahagia di samping keluarga tersayang.

Silakan SHARE…

Sumber : IG Eira Syazira by Berita Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..