” Malam tu, saya nampak abang ipar masuk bilik dan tunggu di pintu toilet.
” Mungkin dia ingat saya hanya mamai. Saya tak jerit sebab saya tak tahu apa perlu saya buat, tak sangka lepas tu.. “
Tinggal bersama dengan ahli keluarga yang lain kadang-kalanya mendatangkan lebih banyak kebur0kan daripada kebaikan. Lebih-lebih lagi dari aspek menjaga aurat bagi yang bukan mahram.
Ruang privasi bagi mereka yang sudah berumahtangga juga berkemungkinan akan terganggu dengan kehadiran insan lain dalam rumah kediaman mereka. Malah yang menumpang juga kadang-kala tiada ruang privasi untuk diri sendiri.
Jadi tidak hairanlah jika kita dengar kisah suami bercinta dengan adik ipar, isteri bercinta dengan abang ipar dan sebagainya. Jika mata bertentang mata setiap hari, tidak mustahil lama-lama akan turun ke hati.
Baca perkongsian di bawah yang dikirimkan oleh seorang pengadu di page IIUMC. Semoga membuka mata kepada mereka yang berkenaan di luar sana.
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pertamanya, terima kasih admin kerana sudi menyiarkan luahan hati saya. Kepada pembaca yang budiman harap anda dapat memberi pandangan tentang permasalahan saya.
Saya ceritakan secara ringkas. Nama saya Ana (bukan nama sebenar), umur awal 30 an dan masih bujang. Saya bekerja sendiri, bisnes kecil-kecilan bersama kakak saya. Kakak saya sudah berkahwin dan saya tinggal bersamanya memandang kan dekat dengan tempat kerja.
Hubungan saya dan kakak sangat baik, tiada rahsia antara kami. Kakak saya dah berkahwin lebih kurang 8 tahun dan dikurniakan seorang putri yang sangat comel.
Hubungan saya dan anaknya sangat baik. Saya sangat sayangkn anak buah saya seperti anak saya sendiri. Hubungan saya dengan abang ipar pun baik.
(Gambar Sekadar Hiasan)
Sepanjang tinggal bersama mereka segalanya baik. Asam garam rumah tangga mereka tiada rahsia pada saya. Saya bersyukur dapat abang ipar yang tidak pernah berkira dengan kakak saya dan juga keluarga. Ibu dan ayah juga sangat menyanyangi abang ipar.
Pada pandangan saya abang ipar seorang lelaki yang baik, ayah yang baik dan juga suami yang baik, Tetapi manusia ini tidak sempurna , ada juga kekurangan dirinya seperti terlalu kerap main game dan cembvru.
Hubungan kakak dan abang kadang kala ok. Kadangkala tidak. Saya anggap abang ipar seperti abang sendiri, tidak pernah terlintas walau sikit dalam fikiran saya seandainya dia akan melakukan hal2 yang tidak baik pada saya.
(Gambar Sekadar Hiasan)
Cuma baru2 ni ada perkara yang tidak terjangkau dalam fikiran saya ia akan berlaku. Ada satu kejadian. Saya tertido diluar, di depan tv. Saya agak mamai, tapi saya boleh nampak abang ipar ingin ke dapur, tiba2 saya dapat rasa die selimutkan saya, dengan sentuhan yang pelik.
Saya terkaku dan die cium bahu saya dan dia terus masuk bilik. Saya rasa amat terkejut dan tak sangka apa yang saya lihat. Saya cuba lupakan dan anggap mungkin ape yang die buat sebab rasa sayang dia pada saya sebagai adik.
(Gambar Sekadar Hiasan)
Perkara tu amat mengganggu saya, 2 hari lepas kejadian saya tido di bilik. Bilik saya berkongsi toilet dengan bilik sebelah dan jika nk ke bilik saya boleh melalui bilik sebelah. Abang dan kakak tido di master bedroom. Toilet pintu memang ada masalah. So tidak boleh dikunci.
Selama tinggal dengan mereka abang ipar tidak pernah masuk bilik saya, sejujurnya dia menghormati hak peribadi saya. Tapi pada malam itu, saya tersedar tiba2, dan saya nampak dia ada dalam bilik saya.
Ya Allah dengan pakaian tido saya yang tak sempurna, walaupun dalam gelap saya tahu itu dia. Saya menggerakkan badan saya dan saya nampak dia tunggu di pintu toilet.
(Gambar Sekadar Hiasan)
Mungkin dia ingat saya hanya mamai. Saya tak jerit. Saya tak tahu apa perlu saya buat. Saya cuma buat banyak pergerakkan supaya dia tahu saya hampir sedar. Lama kemudian saya dengar dia masuk bilik.
Saya rasa sangat sedih dan kecewa, kenapa dia berkelakuan begitu. Saya tahu kakak saya kadang kala sangat sibuk. Kami kerja bersama dan kerja tidak menentu. Saya tahu keadaan rumah tangga mereka turun naik dan hanya anak pengikat cinta mereka.
Saya tidak tergamak nak beritahu kakak, saya tahu andai saya beritahu kakak, dia tak kan dapat maafkan abang ipar. Saya terbayangkan anak mereka, anaknya sangat rapat dengan abang.
Apa yang saya cuba luahkan, sepanjang 8 tahun kenal abang ipar, hidup bersama mereka tidak pernah sekali dia mengambil kesempatan.
(Gambar Sekadar Hiasan)
Apa yang harus saya lakukan? Saya takut perkara ini berulang lagi. Perlu ke saya terus terang saja dengan abang ipar supaya tidak melakukan hal ini lagi demi anak dan isterinya. Saya tidak mahu rumah tangga mereka musnah.
Saya tahu abang ipar sangat sayangkan keluarga kecil mereka, cuma saya tak tahu kenapa dia bertindak demikian. Saya harap sangat sekiranya pembaca boleh beri saya pendapat.
Terima kasih kerana sudi membaca luahan hati saya – Ana (Bukan nama sebenar).
Kami di Berita Kopak menasihati confessor supaya berpindah ke rumah lain dengan segera sebelum perkara yang tidak diingini terjadi. Lagi pun, aurat dan juga pergaulan wajib dijaga jika tinggal bersama abang ipar dalam satu rumah kerana abang ipar bukanlah mahram bagi kita.
Apa pendapat anda ?
Silakan SHARE. Semoga bermanfaat kepada semua..
Sumber : IIUMC / Dikemaskini oleh Berita Kopak
Saya pon adik ipar macam saya pon ada masalah sama macam awak jgak sebijik…saya buat keputusan untuk tinggal sendiri dan tidak duduk sebumbung dengan abang ipar saya..tapi saya tidak boleh bagitau kakak saya sebab klau saya bgitau mungkin dia akan patah Hati dan kecewa dengan silap abang ipar saya..lps tu sblom saya kuar rumah tu saya bagi nasihat dan tegur abang ipar saya secara baik…saya bgitau dia supaya Sayang lah keluarga dia anak dan isteri dan dekatkan diri pada Allah…saya kuar dari rumah tu demi kebaikkan bersama….ye kite tau manusia x sempurna tapi selagi kite hidup buat lah kebaikkan dan saling tegur antara satu sama lain sebab mungkiin kadang2 manusia ini lupa…Allah sentiasa melihat hambanya😊
I’ve been experiencing the same thing. Kakak sy dah berkahwin dengan suaminya hampir 8 tahun. Hubungan sy dengan kakak baik. Cuma tak berapa rapat dengan suami dia which is abang ipar sy. I don’t know why, but there is something about him yg buat sy rasa tak selesa. Dia baik dengan orang lain. My cousins, my parents. Except with my siblings and I. Dia tak rapat dengan kami. Mungkin dia tak selesa dengan kami beradik sebab tak sempat kenal langsung dulu. He and my sister terus kahwin. You know what I mean. Selama dorang berkahwin, I thought he was a nice guy. Dia selalu tolong mak bapak sy. Tak pernah merungut. Tapi ada satu masa tu, yg buat tanggapan sy berubah. Time tu semua org dah tidur. Sy tidur kat bilik tapi pintu tak kunci sebab rosak. Sy terkejut nampak seseorang dekat pintu. Sy tak nampak muka sebab sy dah tutup lampu bilik. Tapi seingat sy, sy tak tutup lampu bilik. But I know it was him. Abang ipar sy. Dia perokok jadi boleh hidu bau rokok tu. He was standing right infront of my door. Mungkin dia ingat sy dah tidur. Dalam perasaan yg penuh ketakutan dan terkejut. Sy hanya mampu diam. Sy tak tau nak buat apa. Sy kaku. Sy sangat terkejut dalam hati cakap ‘apa dia nak’ ‘apa dia buat depan pintu?’ berjuta juta soalan bermain di fikiran. Tak lama lepas tu, dia masuk dan cuba dekati sy. Hanya Tuhan yg tahu perasaan sy ketika itu. Apa yg sy mampu buat, sy pura2 mengigau. Sy bangun dan sepantas itu la dia keluar dari bilik dan tutup pintu. Tapi masih dalam keadaan yg terkawal. Dia keluar senyap2. Besok tu, sy cuba imbas balik apa yg berlaku semalam. Dan sy betul2 rasa tak selesa. Macam nak pitam. Rasa pelik. Rasa nak muntah. Segala rasa tercantum. Bayangkan org yg awak anggap paling baik, boleh buat perkara mcm tu. Sy tak pernah ceritakan perkara tu pada sesiapa. Mahupun kakak sy, sebab sy takut disebabkan perkara tu drg bergaduh. dan sy tak mahu kakak sy kecil hati. Sy tak nak dia hilang kepercayaan dengan abang ipar sy. Tapi semakin lama sy diamkan perkara tu, makin banyak benda tak baik dia cuba lakukan. dan selama tu, sy tak pernah bercakap dengan abang ipar sy. Sy rasa jijik. Sy muak. Sebab depan org punyalah baik mak oi. Bercakap mcm org takda suara. Sopan dia buat sy rasa jijik. Sebab sy tau apa yg pernah dia buat dengan sy. Ada satu hari tu, dia berdiri depan bilik mandi masa sy nak keluar. Dan setiap kali lepas mandi nak pakai baju, sy mesti akan terhidu bau rokok. Kadang2 kalau nak mandi mesti terhidu juga bau rokok. Tapi sy diam. Sy tak tau apa nak buat, sy buntuh. Nak tegur rasa segan pula sebab tak pernah bercakap dengan dia. Dan sy tak nak bagitau org lain sebab takut org salah anggap. Apa yg mengganggu sy, sy terpaksa hadap org yg bertopengkan malaikat. Depan baik tapi belakang, mcm iblis. ada satu hari tu, sy tengah belajar kat bilik, kakak dan family yg lain kat ruang tamu. Bilik sy jauh sikit dengan ruang tamu. Masa tengah belajar tu, sy terdengar bunyi pelik. Bunyi tu datang dari bilik sebelah. Dia sengaja bagi sy dengar bunyi ‘pelik’ tu sebab dia ghairah kut. Dia ingat kalau dia bagi sy dengar bunyi tu, sy nak buat benda dengan dia. Perasaan sy masa tu macam nak menangis pun ada. Sedih, macam nak menjerit, macam nak jadi gila. Sy tak tau nak buat apa. Sy buntuh. Sy terkilan dengan benda tu.