” Tengok handbag je setiap hari berbeza, berapa luggage usung ya.. ” – Netizen
Video 6 Hari Percutian Wawa Zainal Dan Aeril Zafrel Di Jepun Dengan Pakaian Sedondon Yang Berbeza Setiap Hari Raih Perhatian Ramai. Wah Sweet Macam Pengantin Baru, Outfit Pun Cantik-Cantik !!
Meninjau ke akaun Instagram Wawa Zainal, perkongsian video terbaru Wawa dan Aeril Zafrel ketika berada di Jepun telah meraih perhatian ramai. Video tersebut memaparkan 6 hari percutian mereka di sana dengan gaya yang berbeza.
Seperti selalu, video pasangan ini tidak pernahnya tidak sweet dan romantik. Pasangan ini membuat video transition mereka setiap hari di tempat yang berbeza dan penampilan yang berbeza namun sedondon antara Wawa dan Aeril.
Apa yang mencur1 perhatian ramai ialah aksesori yang dibawa oleh mereka seperti beg tangan dan juga kasut. Nampaknya Wawa dan Aeril membawa aksesori ini untuk dipadankan dengan pakaian yang dipakai oleh mereka sepanjang di sana.
Video ini telah menerima lebih 26 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Ramai netizen yang tertanya-tanya berapakah jumlah beg yang dibawa oleh pasangan ini ke Jepun selama 6 hari.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang suka melihat video pasangan ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Eeeeyy comelnyaaa.. mcm baru kahwin gituww.. Layan jela aeril eh nanti kang kena tinggal plak kat sana.. “
” Blazer wawa bli kt mana ? Kdg terfikir brp la luggage usung ya.. lwa2 bju.. kita bw 2 luggage pun kna bebel.. “
” Terpaling win aeril….. Suka semua… paling suka dpn LV.. Kita tgk handbag je setiap hari berbeza, ysl , lady dior, prada dan kelly .. “
” Dorg ni bercuti bwk luggage byk2 khas utk isi hngbag, kasut, baju, topi semua la lain2… Thankyou wawa bg idea dkt i nk pakai baju apa pergi oversea nnti.. “
” Kau ni sapa.. kau bukan yg ada ank ke ?.. alohhh.. shomel laa kauorang .. kalau pegi japan lg jgn lupa naik ANA lg n buat pcr test ye.. hihi naseb dpt catch jgk flt aritu.. “
” Semua pon cantik , tak de satu pon tak cantik, semua cantik.. Masyaallah semoga Allah memberkati rumahtangga ku seperti kak Wawa dah abg Airel.. “
” Comel sguh la wawa. wawa berat brpa.. semua suka. mcm pengantin baharu.. Suka pasangan nii laaa.. Suka semua outfit.. “
Sebagai seorang selebriti pastinya mereka akan menjaga penampilan walau di mana sahaja mereka berada. Kebiasaan kita sebagai orang biasa pastinya hanya membawa sepasang kasut dan beg tangan sahaja jika pergi ke mana sahaja. Tak gitu, hehe..
Silakan SHARE..
Sumber : IG Wawa Zainal
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..