” Siapa zoom gambar Bilal kita geng. Dah macam watak kartun Islamik.. ” – Netizen

Gambar Dan Perkongsian Neelofa Sempena Ulangtahun Kelahiran Suami Tercinta, Haris Ismail Cur1 Perhatian Peminat. Alahai Sweetnya Ucapan Umi Bilal Ni. Gambar Bilal Pakai Jubah Dan Kopiah Tu Comel Sangat. Berkerut Dahi Panas Sangat Ye Bilal !!

Hari ini tanggal 2 Mei merupakan ulangtahun kelahiran Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz. Menerusi akaun Instagram Neelofa, sebuah bingkisan khas buat suami tersayang telah pun dikongsikan.

Memulai ucapannya dengan rasa syukur kehadrat Ilahi kerana memberkati dan merahmati usia Haris, Neelofa turut mendoakan agar Haris sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta berada dalam keimanan dan ketaqwaan di sisiNya.

Ucapan terima kasih juga diucapkan kerana Haris menjadi suami dan ayah yang terbaik dan bertanggungjawab terhadap Neelofa dan anak mereka, Muhammad Bilal. Gambar throwback yang turut dikongsikan oleh Neelofa ini meraih perhatian ramai.

Ini adalah gambar ketika mereka sekeluarga mengerjakan umrah baru-baru ini. Bilal yang comel mengenakan jubah dan kopiah putih membuatkan ramai yang ger4m melihatnya. Macam ustaz kecil lah Bilal, boleh ganti abah apabila dewasa nanti.

Jom baca perkongsian di bawah :

Sehingga kini, perkongsian oleh Neelofa ini telah pun meraih lebih 140 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Masya Allah ger4mnya tengok Bilal. Cute sangat pak ustaz kecil ni. Happy birthday Ustaz Haris, Bababababah Bilal.. ”

” Barakallah fii umrik pak Ustaz. Semoga dikurniakan kesihatan & umur yang berkat dan sentiasa menyayangi bilal & ummi bilal hingga till jannah. Bilallll, so cute.. ”

” Siapa zoom gambar Bilal kita geng hehe.. kfc bergerak hehe cayang Muhammad Bilal. Kitorang tak tengok birthday boy pun, nak focus bilal je sebab rasa nak p1cit p1cit eeee.. ”

” Alah ger4mnya si kecil tu, cute sangat Bilal ni. Bilal ni muka Lofa sangat.. Birthday babahnya tp fokus dkt budak Bilal je.. ”

” Comeyyylahh bilalll ni, muka unreal betul mcm patung.. Bilal macam watak kartun islamik. cute berkerut-kerut dahi tu menahan panas.. ”

” Copy paste muka ummi dia.. Anak soleh, penyejuk hati ummi & abah ni.. Apa comel sangat ni Bilal.. ”

” Terus ummi and babah ter overshadow dengan bilal comel.. dah macam anak patung, comel sungguh.. ”

Comel sangatlah si Bilal ini, dengan badannya yang chubby tu siapa yang tidak ger4m melihatnya. Apa-apa pun, kami di Berita Kopak ingin mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran buat Haris Ismail dan semoga dikurniakan kebahagiaan dan rezeki yang melimpah ruah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Neelofa 

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..