” Cantiknya wet kitchen tepi taman, sejuk mata tengok.. ” – Netizen

Muatnaik Video Memasak Untuk Keluarga, Ruang Dapur Basah Di Rumah Memey Suhaiza Cur1 Perhatian Peminat. Wah Bestnya Dapur Tepi Taman. Sambil Memasak Boleh Menikmati Kehijauan Dan Keindahan Taman !!

Bagi yang mengikuti perkembangan isteri Norman Hakim iaitu Memey Suhaiza pasti mengetahui yang Memey seorang yang suka memasak. Banyak video memasak yang dikongsikan Memey di akaun Instagram untuk tontonan para peminatnya.

Terbaru, Memey ada memuatnaik satu video yang memaparkan dirinya sedang berada di rumah. Dalam video itu, pada awalnya Memey sedang mengemas di ruang tamu dan seterusnya Memey berkongsi menu yang dimasaknya untuk suami serta anak-anak.

Antara juadah yang dimasak oleh Memey adalah bihun sup dan menu yang sihat buat Norman. Namun yang menjadi perhatian peminat adalah ketika Memey sedang memasak di ruang dapur basahnya yang berada di luar berdekatan taman.

Walaupun ianya nampak simple, namun ruangan tersebut nampak tenang dengan tanaman-tanaman yang menghijau di situ. Sehingga kini, video baru Memey ini telah menerima ratusan komen dan ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Jom tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka menyukai perkongsian video oleh Memey ini. Antara komen-komen menari adalah :

” Cantiknya wet kitchen tepi taman, sejuk mata tengok.. Terbaik lah Memey, masakan tu memang nmpak sedap betul, kita tengok pun terliur.. “

” Ulang2 kali tengok, cantik betul rumah Memey.. Berapa tingkat ni.. Mihun sup tu mesti menu wajib kan.. Simple je tp mesti rsnya aauummm.. “

” Selamat hari raya Memey n familys.. Wah suka betul tengok video Memey masak untuk Norman, nampak menyelerakan betul.. “

” Duduk rumah jelah, panas2 ni hehe.. Hebat lah Memey, dah boleh buka kelas memasak ni, nanti share resepi ok.. “

” Rumah Memey ni cantik sangat lah, deco pun nampak mewah dan kemas. Untung Norman dapat isteri rajin masak macam Memey.. “

” I suka tengok dapor masak tu. Open air.. Kreatif betul cara Memey hidangkan juadah, nampak menarik dan menyelerakan sangat.. “

” Suka laa tgok Memey ni melayan Norman.. Selamat hari raya Memey n family.. Semoga terus bahagia hingga ke akhir hayat.. “

Cantik rumah Memey, suasana dapur basah nampak mendamaikan. Apa-apa pun terbaik lah Memey, boleh dikatakan juadah yang disediakan oleh Memey sangat menyelerakan dan patut lah ramai yang terliur melihatnya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG memeysuhaiza

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..