” Kemain kelakar lagi Syamel ek, suka menyakat Ernie.. ” – Netizen

Video Temubual Syamel Dan Ernie Dalam Slot Borak Selebriti Sinar FM Buat Ramai Terhibur. Part Balik Kampung Tu Lawak Betul. Pandai Betul Syamel Pusing Ayat, Nasib Tak Merajuk Ernie. Haha !!

Borak Selebriti di Sinar FM menampilkan pasangan suami isteri, Syamel dan Ernie Zakri sebagai tetamu jemputan pada minggu ini. Dihoskan oleh Dina Nadzir dan Falyq Hikyle, suasana riuh rendah dengan gelak ketawa mereka.

Meninjau akaun Instagram Sinar FM, telah dikongsikan video yang memaparkan Syamel bercerita tentang impiannya suatu masa dahulu iaitu bertemu jodoh dengan isteri yang mempunyai kampung halaman.

Ini kerana Syamel tiada kampung dan berasal dari Ampang. Ingin merasai suasana pulang beraya ke kampung seperti orang lain, rupa-rupanya jodoh Syamel sudah tertulis dengan Ernie yang turut sama tidak mempunyai kampung.

Soft spoken betul Syamel apabila berbicara. Walaupun ‘ kampung’ Ernie di Klang masih dikira bandar iaitu di Rantau Panjang, mereka tetap merasai perjalanan untuk pulang ke kampung. Pandai Syamel pusing ayat apabila Ernie hendak meraj0k, hehe.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini telahpun meraih ratusan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :

” Soft spoken betul ye Syamel, tenang je terbaik lah. Comel lah hangpa berdua ni, tergelak sama kita tengok.. “

” Kemain kelakar lagi Syamel ek.. suka dengar ernie & dina gelak. Kita kt sini gelak skali.. “

” 5 saat je yang lebih ayat cover jantung dah goyang bini meraj0k haha. Laa rantau panjang kampung Ernie rupanya.. “

” Syamel nak pergi klang pun macam balik kampung dah sebab jem kemainnnn haha.. Lawak lah korang ni.. “

Adui lah Syamel, ayat tu ada sahaja hendak membahan si Ernie. Iye lah budak bandar tentu seronok hendak merasai suasana kampung. Nak sampai ke ‘kampung’ Ernie, perlu melalui kawasan bandar seperti Mid Valley dan Shah Alam baru lah sampai ke Klang.

Asalkan merasai perjalanan pun cukup Syamel ye, ambil feel pulang beraya katanya. Tergelak Dina dan Falyq dengan ayat yang keluar dari mulut Syamel itu. Kelakar betul daddy Khawla ni, nasib pandai pusing balik ayat. Kalau tidak, panjang lah muncung si Ernie, haha.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Sinar FM

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..