” Handsome anak teruna abang Zul Huzaimy ni.. ” – Netizen

Zul Huzaimy Kongsi Ucapan Selamat Hari Lahir Buat Anak Sulungnya, Awal Haziq Raih Perhatian Peminat. Wah Ada Anak Bujang Dah Shark Ni, Segak Macam Daddynya !!

Popular dengan watak Shark, nama Zul Huzaimy masih lagi antara yang menjadi sebutan peminat filem melayu tempatan sehingga kini. Selain berbakat sebagai pelakon, Zul juga memiliki suara yang merdu.

Meninjau akaun Instagram Zul Huzaimy, telah dikongsikan sekeping gambar yang memaparkan wajah anak sulungnya bernama Awal Haziq. Sebagaimana tahun-tahun yang lalu, Zul tidak pernah lupa untuk mengucapkan selamat hari lahir untuk Haziq.

Untuk makluman, Haziq adalah anak hasil perkongsian hidup Zul bersama bekas isterinya. Zul kini yang telah pun mendirikan rumahtangga bersama Ernawati dan dikurniakan dengan 2 orang cahayamata yang comel.

Coretan Zul di ruangan kapsyen yang berbunyi ‘ Selamat hari lahir anakanda ku Awal Haziq. Moga membesar menjadi anak yang soleh. Daddy luv u so much ‘ . Melihat kepada rupa paras Haziq ini ramai yang memuji ketampanan wajahnya.

Jom baca perkongsian di bawah :

Lebih 1000 tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian oleh Zul ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :

” Happy birthday handsome boy Awal Haziq.. sama la tarikh birthday kita haha tapi saya turn 21.. “

” Selamat hari raya daddy eh hehe.. Happy birthday, handsome macam daddy jugak ni.. “

” Handsome anak terun4 abang Zul Huzaimy ni. Happy birthday handsome boy Awal Haziq.. “

” Alhamdulillah Wah dah bertambah kacak. Happy birthday to you awal haziq. Makin elok ni.. selamat hari raya.. “

Cepat masa berlalu, Haziq sudah pun genap 17 tahun usianya. Anak muda yang pastinya menjadi pujaan ramai. Segak seperti daddynya juga, manis sahaja senyuman Haziq ini boleh membuatkan ramai yang cair.

Kami di Berita Kopak juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran buat Awal Haziq. Semoga cemerlang dunia dan akhirat serta menjadi insan yang berguna kepada keluarga dan orang di sekelilingnya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Zul Huzaimy, IG Awal Haziq

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..