” Nampak muka Mak Salmah paling seronok tu. Sedap Mak Salmah nyanyi.. ” – Netizen
Video Sambutan Ulangtahun Kelahiran Aafiyah Dan Afwa Bersama Keluarga Besar Di Kuala Lipis Raih Perhatian Warganet. Wah Terbaiklah Mak Salmah Punya Kej0tan Untuk Cucu-Cucu. Comel Sangat Part Mak Salmah Nyanyi Tu !!
Menerusi akaun Instagram Dato’ Seri Siti Nurhaliza, telah dikongsikan satu video yang memaparkan suasana ketika DS Siti bersama Dato’ Seri Khalid Jiwa serta anak-anak mereka, Aafiyah dan Afwa pulang ke Kuala Lipis.
Ibu DS Siti, Mak Salmah turut membuat surpr1se dengan mengadakan sambutan hari lahir buat Afwa dan Aafiyah. Meriah betul apabila semua sanak saudara dapat berkumpul sebegini. Cerita DS Siti lagi, Mak Salmah mengumpulkan semua saudara mara mereka pada hari itu.
Kepulangan DS Siti kali ini cuma seketika sahaja tetapi men1nggalkan memori yang indah terutamanya untuk Aafiyah dan Afwa. Mak Salmah juga kelihatan paling seronok dapat meraikan cucu-cucunya.
Pandai Mak Salmah membuat kej0tan sebegini, terbaik lah ada mak dan nenek seperti Mak Salmah. Afwa dan Aafiyah juga gembira dapat meraikan sekali lagi birthday mereka bersama sanak saudara yang hadir.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Nampak muka Mak Salmah paling seronok tu. SubhanaAllah.. Alhamdulillah walaupun jarang nampak tokti dengan family mak salmah.. “
” Terbaik.. mesti Mak Salmah terpaling happy. Jarang-jarang orang lipis boleh tengok aafiyah dengan afwa.. “
” Datok K saya tengok seorang ayah yang penyayang, kalau la bapak saya macam ni.. Untung aafiyah.. “
” Suka tengok mak salmah.. Seronok mak salmah ye bila dapat berkumpul ramai-ramai.. Happy birthday Aafiyah dan Afwa.. “
” Lagu birthday pun jadi sedap bila maknya siti nurhaliza mak salmah yang menyanyi.. Mak Salmah seronok betul tu. comel je buat gaya tiup lilin tu.. “
” Happy birthday Affiyah dan Afwa sayang.. semoga Affiyah dan Afwa sentiasa dlm lindungan, jagaan, rahmat dan kasih sayang Allah.. “
” Alhamdulillah happy birthday Aafiyah dan Afwa.. Bila keluarga besar berkumpul seronoknya lah kan.. Mak Salmah paling happy.. “
Alhamdulillah perancangan Mak Salmah berjalan dengan lancar. DS Siti turut berjanji untuk pulang bercuti lebih lama pada masa akan datang. Aafiyah pun seronok berada di kampung tu. Apa-apa pun, semoga Mak Salmah sentiasa gembira dan sihat selalu.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Ctdk
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..