” Putih gebu juga baby girl dia, muka British.. ” – Netizen

Perkongsian Gambar Syawal Mat Dan Bersama Isteri Dan Anak-Anak Raih Perhatian Warganet. Wah Makin Handsome Lah Zayne Dan Eydan Ni. Comelnya Baby Girl, Muka Mat Saleh Jugak !!

Siapa tidak kenal dengan jejaka England yang kini bergelar penyampai radio, Mat Dan. Kepetahannya bercakap dalam loghat Terengganu membuatkan nama Mat Dan menjadi sebutan. Bergelar suami kepada Nadifa Adnan, pasangan ini baru sahaja dikurniakan seorang bayi perempuan Mac yang lalu.

Meninjau akaun Instagram Mat Dan, telah dikongsikan sekeping gambar terbaru Mat Dan bersama Nadifa dan anak-anak mereka, Muhammad Zayne Taylor dan Eydan Yusoff serta bayi perempuan yang masih belum dimaklumkan namanya.

Dengan ucapan ringkas berbunyi ‘ Selamat Hari Raya AidilFitri Maaf Zahir & Batin ikhlas daripada Mat Dan & keluarga.. ‘ , perkongsian ini telahpun meraih perhatian daripada warganet. Sudah berminggu-minggu warganet ternanti-nantikan untuk melihat wajah baby girl Mat Dan ini.

Berambut hitam lebat dan berkulit putih gebu, si kecil ini kelihatan comel sekali. Sama comel seperti Zayne dan Eydan ketika bayi dahulu. Walaupun hanya kelihatan sipi-sipi sahaja wajah baby girl ini, warganet mengatakanbsi kecil ini lebih kepada wajah mat saleh.

Jom baca perkongsian di bawah :

Sehingga kini, perkongsian oleh Mat Dan ini telahpun mendapat lebih 40 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Lovely photo. Selamat Hari Raya to our son, daughter-in-law and gorgeous grand children.. “

” 3 dah, hari tu tengok Zayne je sorang.. Ibu sorang je muka asia, hok lain muka orang british belaka.. “

” La .. tiga doh… ingat dua… dok sedor masa berlalu.. Comel-comelnya anak-anak mat dan ni.. “

” Happy eid mubaraq mat dan and lovely family. Aloh Aloh sukanya lah tengok family ni.. si kecil tu cutenya.. “

” Wow makin meriah family ada girl.. putih gebu jugak baby girl dia, muka chubby dah.. comel sangat.. “

” Selamat hari saya.. cute-cutenya anak-anak.. semoga menjadi hamba Allah yang soleh solehah.. “

” Comel baby girl, yang abang-abang pun handsome.. Salam lebaran mat dan, isteri dan anak-anak.. “

Alhamdulillah lebih bermakna sambutan Syawal kali ini dengan kehadiran baby girl. Melengkapkan lagi keluarga Mat Dan. Daddy sudah ada 2 orang geng, mommy pun ada geng juga sekarang. Apa-apa pun, selamat hari raya Mat Dan dan keluarga.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Mat Dan

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..