” Comelnya Afwa, bukan main happy dapat tiup lilin.. ” – Netizen
Video Sambutan Hari Lahir Anak Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Muhammad Afwa Raih Perhatian Warganet. Part Afwa Tengok Ayahnya Pakai Cekak Rambut Tu Comel Sangat Sangat, Haha !!
Selain Dato’ Seri Siti Nurhaliza menjadi perhatian para peminat, anak-anaknya iaitu Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa juga turut mempunyai ramai peminat yang suka mengikuti perkembangan mereka dari semasa ke semasa.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram Muhd Afwa, telah berkongsi satu video yang memaparkan Dato’ Seri Siti sekeluarga telah menyambut hari lahir Afwa yang ke dua tahun. Difahamkan majlis ini diraikan secara sederhana di rumah memandangkan Dato’ Seri Siti dan Datuk Khalid baru pulang menunaikan ibadah umrah.
Kelihatan dalam video itu, Afwa, Aafiyah dan Datuk Khalid comel memakai cekak rambut yang bertulis ‘ Happy Birthday ‘ . Turut kelihatan Dato’ Seri Siti bersama-sama menyanyikan lagu Happy Birthday buat Afwa.
Gelagat Afwa yang seakan teruja melihat kek hari lahir dan tidak sabar untuk meniup api lilin buat ramai yang menonton video ini ger4m. Sehingga kini, video sambutan hari lahir Afwa telah menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Jom tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, ramai yang memberikan kata ucapan selamat hari lahir buat Afwa dan menyukai perkongsian video ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Comelnya Afwa, kemain happy dapat tiup lilin.. Selamat hari lahir Afwa, semoga jadi anak yang baik ya sayang.. “
” Best dress award goes to Dato K . Respect . Sporting… Happy Birthday Afwa … Afiah da besar..Tok Ti tetap anggun kat umah.. “
” Happy Birthday Afwa. Semoga menjadi anak yg soleh buat ibu dan ayah dan berjaya di dunia dan akhirat. Aamiin.. “
” Sanah helwah baby Afwa encem boy aunty.. Semoga jadi anak yang soleh dan berjaya dunia akhirat.. Comel betul tengok Afwa senyum.. “
” Happy birthday Afwa.. Dia tengok ayah pakai cekak hehehe.. Comel Afwa kalau senyum. Jangan wat muka ketat tau sayang.. “
” Happy Birthday Afwa.. Semoga sihat walafiat, jd anak yg soleh dunia akhirat & dirahmati Allah SWT.. Aamiin² Ya Rab’bal A’alamiin.. “
” Happy birthday Afwa.. Moga jadi anak yg soleh, sihat, kuat dan hebat.. Suka tengok family bahagia ni, semoga terus bahagia bersama.. Aamiin Ya Rabb.. “
Alahai comel betul tengok gelagat Afwa, memang nampak Afwa begitu seronok dapat meniup api lilin pada kek hari lahirnya. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak turut mengucapkan selamat hari lahir buat Afwa. Semoga Afwa terus menjadi anak yang soleh buat ibu dan ayahnya.
Silakan SHARE..
Sumber : IG muhdafwakhalid
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..