” Ni baru betul lagu raya.. ” – Netizen

Video Nyanyian Lagu Cuk Cuk Raya, Nyanyian Asal Dato’ Aliff Syukri Oleh Sekumpulan Kanak-Kanak Raih Pujian Ramai. Wah Sedapnya Suara, Betul-Betul Ada Aura Raya. Ramai Yang Cakap Lebih Sedap Daripada Penyanyi Asal !!

Lagu raya yang berjudul Cuk Cuk Raya merupakan lagu yang dipopularkan oleh Dato’ Aliff Syukri. Meninjau ke akaun Instagram Hang4t, perkongsian sebuah video yang dinyanyikan semula oleh sekumpulan kanak-kanak telah meraih perhatian ramai.

Video tersebut diambil menerusi akaun TikT0k Mohd Khair Ghazali ini telah menerima pujian ramai orang. Ramai yang menyukai versi lagu Cuk Cuk Raya yang dinyanyikan oleh kanak-kanak ini. Ia mempunyai aura tersendiri.

Kumpulan ini terdiri seramai 5 orang iaitu tiga orang perempuan dan dua orang lelaki. Mereka memainkan alat muzik sendiri dan seorang bertindak sebagai vokalis utama. Versi ini sangat menghiburkan ramai.

Perkongsian ini telah menerima lebih empat ratus tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik. Bakat nyanyian adik-adik ini boleh dikembangkan lebih jauh lagi kerana memiliki suara yang lunak.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini telah menerima banyak pujian daripada netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Lagu si alip tu semua sedap.. tpi bukan dia yg nyanyi la.. Betul, cara kena betul .. Ni baru betul lagu raya.. “

” Alhamdulillah sedap lagunya.. sedap lagi adik nyanyi.. Sdap.. kene dngan suara dan suasana.. Betul dn cara memng kena betul.. “

” Tgok ni dato bg la hadiah kat depa.. baru terase lagu ni CM lagu raya… Sdap..kene dngan suara dan suasana.. “

” Betul, cara kena betul.. Alhamdulillah sedap lagunya.. nice.. INI BARU nmanya HIBURAN, terbaik adik-adik.. “

” MANTAPPPP dik, ni Bru blh declare penyanyi dgr pn sedap. kompom stesen TV n radio akn psng lagu yg adik ni nyanyi.. “

” Sedap je lagu ni sbenanrnye tpi tu lhh.. bagi adik ni je penyanyi no 1.. terima kasih la dik.. antie terus rasa raya bermakna tahun ni.. “

” Lagu ni akan jadi sedap didengar bila dinyanyikan oleh orang yang tepat.. Pergh. Tahniah2. Akhirnya jumpa jugak penyanyi asal lagu ni.. “

Tahniah diucapkan kepada kumpulan ini kerana berani mencuba untuk menyanyikan lagu yang viral di media sosial. Bakat terpendam adik-adik ini boleh digilap lagi dan boleh menjadi penghibur dalam industri hiburan tanahair.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Hang4t, Tik T0k Mohd Khair Ghazali

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..